Memaparkan catatan dengan label #join. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #join. Papar semua catatan

Rabu, 9 Julai 2014

Segmen:Nak Kad Raya Dari Asyu

Assalamualaikum 

   Kalau hari tu Kak Asyu buat Giveaway... Kali ni dia buat kad raya pulak!

   Macam mana ye rupa kad tu? Nak tau tak? Hah! Apa kata join ramai-ramai. Apa nak join? Haaa...

Klik sini^^

Mangsa di tag : Jenab dan Arslan

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Giveaway Simple-step by blog Rahsia Hati Huda

Assalamualaikum 


Jom promote ramai-ramai ^^
Hadiahpun menarik tau!
Sayonara, 


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014

Assalmualaikum 

Jom join! ^^



Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno

klik banner


**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 
**Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014





Tamat : 14 Julai @3pm



Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 15 Jun 2014

First Giveaway by Double D

Assalamualaikum 






   Wah sekali lagi aku nak join GA oleh Double D. Siapakah Double D? Adakah anak Lady D dalam Ujang? Erkkk... Jangan marah aaa?

   Ehem. buat pengetahuan korang. Double D ni ialah  seorang budak yang baru berumur 10 tahun. Comelkan...? Kecik-kecik lagi dah buat GA. Waktu aku dulu sure blur. Apa benda GA tu ek? Hehehe. Nama dia Delaila Delyana. Comel betul nama tu kan?

   Okey... Aku dah terlebih merapu. Ehem.

   Nak tau apa hadiahnya? Hadiahnya adalah~

Gambar edit by Double D ×2

Tag name edit by Double D ×2


Tag name by Aina Nabila ×3


Keyboard untuk Android by Ika Fauzi ×10


Gambar edit by Nurin Edlyna Elyn ×2


Sijil, id card dan edit gambar by Syahidatul Farhanah ×2


Tag name with kata-kata semangat by Double D ×3


Header untuk blog by Aina Nabila ×2


Tab menu untuk blog by Aina Nabila ×3


   Dan kalau ada lebih dari 20 orang yang join ada hadiah ekstra! Memang gempaklah~

Projek Memikat Suami

Teman Lelaki Upahan 


   Ahak... Macam aku ni peminat novel. Kalau boleh memang nak dapatlah. Kut-kut dapat sangkut satu. Alahai seronoknya~~~

   Jadi apa kata kita promote ramai-ramai pasal GA Double D ni. Kita bagi semangat kat budak ni. Ehehehe. Gambatte kepada Del yup!

   Hah berminat? Nak join? Boleh saje. Klik je nama Double D ni.

   Chow!

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 7 Jun 2014

FIRST GIVEAWAY by ASYU ASYURA

Assalamualaikum 



Siapakah Asyu Asyura?

Dia seorang penulis.

Dia comel.

Dia baik.

Dia suka buat kelakar.

Pendek kata dia ni memang BEST!

Jadi sebagai memberi sokongan moral kepada cik Kak Asyu nih... Ku join jua GA ini biarpun ayatku tak gempak.

D' Note for Kak Asyu,

Oh Kak Asyu... Andai sudinya dirimu, Hadiahkanlah daku sebarang salah satu hadiah di atas. Bolehlah~ Hahaha... 

# Okay gurau jer...

Dan korang, korang dan hah! Kau yang baca entri ni
Jom join giveaway pertama Kak Asyu TOMEI ni?
Manalah tahu dapat sambutan nanti Kak Asyu buat GA part 2?
[Wah berharap!]

Jadi kepada peminat hadiah buku-buku ,
Jom join!
Untung belon terbang,
Untung kelapa.... Gedebuk!

Jom jom jom~

Oooppsss.... Lupa pulak aku nak promote hadiah-hadiah kepada insan-insan bertuah.

Jeng jeng jeng~

Apakah hadiahnya?

Hadiah-hadiah itu ialah......

1)Novel Masih Aku Sayang

2) Novel Dendam Ratu Ular (Ada sign penulis tau! Kiranya limited editionlah.)


3)Komik Nada Inchigo


4)Komik Kasih Tidak Berbalas


5)Best Entry/Blog review


Rasa-rasanya berkenan tak? Hah kalau berkenan join tau jangan tak join! Maksud aku berkenan kat hadiah tu. Tapi... Kalau ada orang yang berminat dekat cik kak ni pun boleh. Dipersilakan~ Peace Kak Asyu! Hahaha.
Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Rabu, 4 Jun 2014

RIANG RIA HARI RAYA GIVEAWAY by cik Abbit

Assalamualaikum 



Hari itu suasananya lain macam
macam ada satu aura yang lain.

Pagi yang istimewa.

Aku memakai baju kurung yang
jarang dipakai.

Kecuali di sekolah.

Rendang, ketupat
sudah terhidang di atas meja.

Makan makanan itu
sambil menonton tv amat mendamaikan.

Sehinggalah ada ketukan di pintu
yang memusnahkan kedamaian itu.

Perlahan pintu itu ku buka.

Senyuman mula terlukis di wajahku.

Tetamu itu.

Tetamu yang aku nantikan.

Kawan-kawan lama
yang dirindu.

Hanya pada hari ini aku dapat berjumpa
mereka.

Bertukar-tukar cerita.

Bertanya khabar.

Suasana menjadi ceria
dengan gelak tawa.

Kehadiran mereka mengembirakan aku.

Tapi ini bukan sentiasa berlaku.

Aku sedar.

Perasaan aku terusik
apabila mereka melangkah pergi.

Saling bersalaman 
tanda perpisahan.

Jangan risau kawan.

Aku akan sentiasa kenang hari itu.

Hari kita bertemu dan berpisah.

Hari itu di pagi Syawal,
yang tidak pernah serupa setiap tahun.


Cik Abbit, boleh tak? Ini kiranya bawah kategori 'ape2saja'. Hehehe. Bolehlah... Bolehlah... *angkat kening sebelah*

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Selasa, 27 Mei 2014

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum 



Klik gambar di atas untuk #join!
Cepat-cepat sebelum terlambat.
Peace~

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪