Memaparkan catatan dengan label #aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #aku. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Ogos 2014

Pabila berBLOG...

Assalamualaikum 




   Nak menulis dalam blog kena ada tujuan ke? Ya. Bagi aku semua pemblogger ada tujuan tersendiri. Tapi macam aku buat dulu baru fikir tujuan. Harapnya tak ramai yang jenis macam aku.

   Bila aku belek balik blog aku. 'Imbas kembali' blog aku yang lama-lama buat aku terfikir. Apa tujuan aku ada blog? Yang tak ada tujuanpun sebenarnya kena ada cipta tujuannya sendiri. Kalau tak, itu yang blog terbiar ketandusan- macam akulah tu...

   [Buat masa sekaranglah...] Tujuan aku nak berBLOG ialah :


  • Nak cari kawan yang sama umur.
  • Tambah kawan baru.
  • Tulis apa yang nak tulis tentang kehidupan aku. (walaupun aku terpaksa berfikir banyak kali sebelum tulis. Hahaha)
  • Nak kongsi lukisan. (tak ter... buat lagi)
  • Nak kongsi cerpen atau nukilan. (tak der...idea lagi)
  • Nak kongsi info. (tak ter...cari lagi)
  • Nak kongsi pendapat aku. 
  • Nak jadi femes... kononnya~
  • Banyak lagi yang tak terfikir sekarang ni!

   Harapnya yang mana baca entri kali ini akan menetapkan misi dan visi untuk berblog termasuk aku juga. Ehem. Aku ni sebagai sebagai penulis alam maya, rasa macam tahu je kenapa ramai orang suka tulis blog separuh jalan. 

  Antara sebabnya ialah tak ramai follower, tak ramai baca entri blog dan tak ada yang sudi komen. Wow... Lek arr. Cara aku kacang je. Kita cuma perlu berfikir . Kita menulis untuk siapa? kenapa? Dan kerana...? Fill in the blank-

   Cara bahasa yang kita tulis. Jenis aku ni hentam keromo. Ikut mood bila menulis. Kejap bahasa rojak. Kejap bahasa baku. Yang penting bagi aku sebagai tuan punya blog itu terpulang kepada kita sendiri. Jangan terlampau berpegang sangat pada prinsip, asal kita selesa dengan cara kita. Cuma yang aku tak berasa nak suka bahasa planet neila. Hahaha bahasa apalah tu.

   Jadi sama-samalah kita menggunakan blog dengan cara dan gaya yang kita suka. Asal tidak terlebih over sangat. Yieha~ Blog kita gaya kita! Hahaha.

   Ekstra :

Selepas ini tiada lagi entri bernombor kerana big boss blog ini malas nak check entri dia tulis sudah ke berapa...

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 9 Ogos 2014

[25] TK Cikgu Vogue !

Assalamualaikum ☁  

  Ehem. Cikgu Vogue? Siapa? Dia... Cikgu Add Math aku tau. Cun cikgu ni. Sebenarnya kawan aku aka Baby Huda yang cakap dekat aku. yang dia panggil cikgu ni Cikgu Vogue. TK? TK tu sebenarnya singkatan terima kasih. Hahaha. Kenapa? Bacalah...

   Okay... Apa nama betul cikgu ni erk? Bagi akulah. Nama cikgu ni unik. Nama dia Cikgu Cethy. Haaa.... Comelkan nama cikgu ni. Hehehe. (Cikgu saya bukan bodek.)

   Sebenarnya waktu hari raya hari tu, aku mintak tolong Cikgu Vogue belikan aku kek lapis Sarawak sebab tahun lepas cikgu ni bawak kek lapis sedap giler! Siap sms dengan cikgu suruh cikgu belikan. Sms punya sms last-last cikgu janji nak belikan. Excited aku bagi tau dekat ibu aku.

   Bila buka sekolah, aku dapat kek lapis Sarawak yang diidamkan. Fulamak. Cun...

   Nak tengok? Tengok bawah.






   Fulamakkk.... tengok colourfulkan? Manis tapi sedap. Yummy! Tapikan, lepas tu Cikgu Vogue topap lagi dua kek lapis Sarawak ni !


 

   Wow. Cantikkan? Sodap pulak tu. Isk lepas ni dapat lagi ke dapat makan kek lapis Sarawak lagi? Huhuhu.

   Kepada Cikgu Vogue : Terima kasih cikgu sebab sudi tolong belikan. Batch kedua yang cikgu bagi warna merah tu favourite 'Aisha'. ( Kenapa cikgu selalu panggil Aisha ek? Nak tanya tapi selalu lupa.) Warna hijau favourite ibu. Hehehe. Cikgu, you are the best!

Sayonara, 


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 4 Ogos 2014

[23] Terima Kasih Kak Asyu !

Assalamualaikum 

   Hehehe. Sorry Kak Asyu sebab Ritz lambat update. Haaa.... korang nak tau tak aku ada dapat dua benda daripada Kak Asyu hari tu. Tapi sebab kamera aku hari tu koma seketika jadi lambatlah aku update. Peace Kak Asyu!

   Hari tu aku dapat hadiah daripada Kak Asyu sebab aku join GA dia. Nak tengok tak? Ni dia...




   Kak Asyu... Ritz dah habis baca novel ni. Best. Lain kali... Kak Asyu bagilah lagi tau. Hahaha. Boleh save bajet.

   Lepas tu... Kak Asyu buat GA kad raya. Aku join jugak dan... Dapat!

   Jeng jeng jenggg~


   Tu dia. Kad raya cop Ipoh, Perak! Hehehe.


   Comel gilerkan? Nak tau apa yang Kak Asyu tulis? :p biarlah rahsia. Tahun lepas lagi best sebab Kak Asyu buat kad dia sendiri.

   Kak Asyu.... Tahun depan bagi lagi ya. Selamat hari raya Kak Asyu! ^_^

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 3 Ogos 2014

[22] Biar Aku Jadi Diri Sendiri

Assalamualaikum ☁ 

   Dalam hidup ini, aku dah berjumpa dengan ramai jenis manusia. Hipokrit. Dengki. Talam dua muka. Menyakitkan hati. Aku tak tahu kenapa aku selalu berjumpa dengan manusia sebegini. Mungkin kerana tuhan ingin menunjukkan kepada aku bahawa inilah kehidupan? Aku juga tahu bahawa masih banyak lagi jenis manusia yang aku belum berjumpa.

   Aku bukan jenis pendiam. Tapi aku bukan jenis riuh sekampung. Kadang-kadang aku rasa macam aku ada split personality? Heh. Secara automatik bila aku berjumpa dengan jenis manusia yang berbeza, karakter aku akan berubah. Aku masih manusiakan?

   Aku paling tak tahan dengan orang yang menyakitkan hati. Aku tak reti nak marah dekat orang jenis macam ni. Silap-silap aku terus mengamuk nanti. Aku selalu terfikir setiap kali aku bermonolog dalaman, kalaulah mereka tahu apa yang tersirat dalam hati aku. Hahaha. Bahaya kalau jadi orang yang pemendam. Tapi aku bukan jenis pemendam sangat. Cuma aku tak dapat nak luahkan semua yang aku nak cakap. Tapi... Aku juga berfikir bertapa teruknya diri aku sekarang (kalau aku sudah berada di masa depan).

   Lagi satu jenis manusia yang aku harus jauhi demi kesihatan fizikal dan mental aku... Jenis manusia yang sentiasa nak kutuk semua benda yang aku buat dan semua yang dia buat betul. Kita sebagai manusia... Adatlah kalau kita nak complain. Tapi janganlah sampai aku cakap macam ni, dia cakap macam tu. Apa aku boleh buat. Simpan geram dalam hati. Pergi jauh-jauh.

   Ibu aku pernah cakap. Arwah atok aku kata lagi baik kita kawan dengan buku. Aku fikir mungkin ada betulnya. Berkawan dengan manusia, oh... manusia tak sempurna dan aku tahu fakta itu. Cuma sekurang-kurangnya aku nak berkawan dengan orang yang boleh buat aku selesa dan seronok dengannya. Bukan kawan yang sempurna. Heh.

   Bila aku bengang giler... Salah satu benda yang aku buat ialah tengok langit. Bayangkan. Awan putih yang coraknya tidak statik. Sentiasa bergerak bila angin bertiup. Aku selalu cuba tahan mata aku supaya tak berkedip dan ikut arah awan yang bergerak. Sangat cantik. Tengok langit lebih menenangkan aku.

   Aku rasa semua orang tahu imaginasi bukan sesuatu yang logik. Salah satu benda yang aku selalu bayangkan ialah wujudnya sebuah dunia yang tiada sesiapa di situ. Aku bebas dekat situ. Dan aku boleh balik ke dunia sebenar bila-bila masa yang aku nak. Oh... Stop! Aku memang tahu itu tak akan pernah boleh berlaku. Sebab itu hanya imaginasi aku.

   Hati aku selalu menjerit aku nak jadi diri sendiri. Dan... aku selalu soal diri aku balik. Selama ni aku bukan diri sendiri ke? Ya... aku memang aku. Cuma ada satu benda yang meganggu aku. Kata-kata. Kata-kata orang yang tak sependapat aku dan asyik mendengarkan aku dengan pendapat mereka DAN ayat yang sama daripada orang yang berbeza. Huh. Pemikiran yang 'sama'.

   Aku tak tahu apa yang sepatutnya aku berharap. Aku hanya nak jerit kepada mereka dan berkata semua orang ada cita rasa. Hentikan percakapan yang berulang. Walaupun mereka bukan cakap dekat aku... Tapi aku boleh dengar setiap kata-kata itu. Aku nak berlalu pergi dan berpura-pura seolah-olah aku tak dengar apa-apa. Tapi. Susah. Sangat susah.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Rabu, 30 Julai 2014

[21] Serabut.

Assalamualaikum 

   Manusia itu pelik. Alienkah? Karakternya terlampau banyak. Termasuk aku. Mungkinkah aku alien. Heh. Taip-taip dan terus menaip.

   Gear otak dah terhenti. Jantung terasa sempit. Masalah mengikat aku? Puas? Itulah kehidupan. Marah. Patutkah aku marah? Ini semua ketentuan tuhan. Apa yang mampu aku nafikan.

   Sakit hati. Penyakit semua manusia. Baik buruk penyakit itu kita yang pilih. Tak mengira rupa. Tak mengira karakter. Semua ada penyakit itu. Kerana aku pernah jumpa. Dan... selalu diperguna dan ditipu mereka. Bukan semua begitu tetapi ... Yang tidak sudah pupus.

   Apa yang aku ingin katakan? Aku juga tak tahu. Terlampau banyak benda nak dibuat sampai aku serabut. Tenang hati dimana dicari? Oh...

Oh trial.... Oh exam... Oh SPM.

Oh pertandingan video... Oh pertandingan menulis... Oh pertandingan menyanyi.

   Mampukah aku? Hrmm... Itulah cari lagi masalah sampai diri dikepung. Argh.

   Tenang sekejap. Ingat pada dia. Ingat pada Dia.

   Selamat hari raya semua.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 14 Julai 2014

[20] Memori 13 Ramadhan

Assalamualaikum 

   Ehem ehem dan ehem. Pada 13 Ramadhan yang lalu.... Chewah. Aku keluar rumah pukul tujuh suku nak pergi sekolah.

   Aku biasalah. Lalu dekat tempat biasa. Baru je nak seberang jalan ada motor ni lalu. Hah nak tau tak?

   Rupanya atas motor tu ada dua orang mamat. Motor tu tiba-tiba berhenti mengejut depan aku. Nasib baik aku terlambat jalan. Kalau aku terlajak. Huisy sure aku kena langgar punya. Hampeh betul. Dahlah pagi tu hari mak bapak ambik report card.

   Nak tahu apa jadi lepas tu?

   Mamat yang duduk bawak motor tu tengok aku dengan tersengih lebarnya. Aku dah rasa macam... Apa hal pulak?

   Gelak macam muka bajet....

Ditto
   Harapkan gigi je sama. =3= Kawan belakang dia yang pakai topi (aku tak nampak muka) gelak je. Grr....
Aku pulak dah buat muka macam.... Isk apahallah pulak dua ekor nih?

   Lepas tu, yang bawak motor tu pandang aku ... masih gelak-gelak dan cakap ...

   "He-ehhhh... ada budak ni nak pergi sekolahlah~" Dengan nada gediknya. Lepas tu dia buat u-turn motor dia. Blah. Blur~ Aku memang blur.

   Kalau boleh memang aku nak cakap....

    "Apalah... Tak pernah tengok orang pergi sekolah ke?"

   Isk. Isk. Isk.

Satu memori yang sepatutnya aku tak lupa. Hahaha. Rare habis. (bagi akulah.) Sekian.

Sayounara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Khamis, 10 Julai 2014

[18] Betul ke?

Assalamualaikum 


What's the point of having a senior year 

without making a lot of memories with your 

friends and classmates ~



 Ditto
Ditto

Sekarang kita sekelas. Ibarat setangkai bunga dandelion. Tetapi apabila bertiupnya angin iaitu masa... Kita akan berpisah !

  Yeah~

   Aku baru baca ayat bahasa inggeris dekat atas tu dari twitter kawan kelas aku. Betul ke? Huh. Terasa jugak aku. (ayat merah atas ni aku reka untuk budak-budak kelas aku.)

   Yelah. Aku mana biasa sangat dengan budak-budak kelas aku.

   Aku seorang. Aku sendiri. Aku yang membosankan. Aku yang tak bersosial. Aku yang paling pendek... Apakah?

   Itu apa yang budak-budak kelas aku fikir tentang aku.

   Sampaikan anak buah sepupu aku yang sekelas dengan aku kata aku anti sosial. Heh. Memang betul. Bagi aku sosial aku bukan untuk pergi karoke... tengok wayang... lepak... dan bla bla bla bagi mereka yang bermaksud sosial.

   Asalkan aku seronok dengan hidup aku sekarang. Aku gembira. Aku tak bosan. Aku suka.

   Mereka mungkin tak sedar yang mereka semua ada dalam memori aku. Andai kata suatu hari mereka ada baca blog aku... Aku cuma nak bagi tahu yang...

Tiap-tiap tahun waktu cuti sekolah aku mesti mimpi korang semua. =3="

   Menakutkan betul. Aku tak rapat dengan budak-budak kelas aku tapi boleh mimpi pasal mereka. Aku rindu. Macam mana pulak kalau aku rapat? Isk.

   Tapi malangnya mereka tak tahu... Mungkin mereka akan fikir yang aku menipu. Tapi mereka tak sedar, mereka sentiasa ada dalam kelas yang sama dengan aku.

   Aku nampak kau. Bila kau buat lawak kau tak sedar aku gelak. Sebab kadang-kadang aku cuba sembunyi gelak aku. Bila kau kena marah, kadang-kadang aku juga rasa tempiasnya.

   Aku bukan sesiapa untuk mereka.

   Tahun ini tahun terakhir. Untuk... tengok gelagat... gossip...gelak.... gedik... muka.... ?

   Semenyampah macam manapun aku dekat mereka. Sebenci macam manapun aku dekat mereka. Tapi dah lima tahun kami belajar bersama. Yeah... Ada yang lebih dari itu.

   Tak apa. Sementara menunggu detik terakhir itu tiba... Aku akan terus melihat korang tau. Memori kita tak mungkin sama. Tapi apa yang pasti... Kalian ada dalam memori aku.

   Heh. Heh. Dan Heh.

 I'm sorry. Bila aku dengan korang karakter aku jadi lain. Mungkin kita tak ngam. :p


   Okay... Sampai Kak In pun kata aku macam tu. Hua hua hua. Sejujurnya kalau aku tahu nak meng-eks-pres-si-kan apa yang aku rasa. Heh. Mungkin sebab aku dah terbiasa sorang-sorang.

   Cikgu math akupun panggil aku Lone Ranger. Hahaha~

Klik    Klik     Klik
Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Rabu, 9 Julai 2014

[17] Cita-cita Yang Jauh...

Assalamualaikum 



 Ditto





   Cita-cita. Dari darjah satu cikgu selalu tanya. Apa cita-cita anda?

   Entah kenapa ya waktu itu aku mudah nak jawab. Tak seperti sekarang? Kalau sekarang ditanya, aku akan jawab... Tak tahu. Entahlah. Kenapa ya?

   Argh. Kadang-kadang rasa serabut. Cita-cita yang besar. Yang kecik. Tak tahu aku nak pilih. Kenapa ya? Mungkin sebab aku nak bersenang-lenang selamanya.

   Oh. Tapi aku masih sedar. Hidup bukan semudah itu. Jadi apa cita-cita aku? Adakah cita-cita aku akan jadi kenyataan. Bakal pekerjaan aku. Oh... Terseksa.

   Kelu. Terkedu.

   Ada orang bekerja sebab nak duit banyak. Tapi bukan semua ya. Aku? Kalau boleh aku nak kerja yang aku tak rasa bosan. Rileks. Haha. Adakah?

   Berkerut dahi aku berfikir... Selagi aku tak lepas ujian terakhir yang menanti akhir tahun nanti... Habislah aku. Tapi itu bukan pengakhirannya.

   Keajaiban. Semua boleh berlaku dalam sekelip mata.

   Jadi apa cita-cita aku? Argh. Tolong berhenti berfikir tentang itu. Selesaikan ujian terakhir tapi bukan pengakhiran itu baru berfikir tentang cita-cita kembali.

   Heisy. Ayat putaq alam sungguh.

Rupa-rupanya... Masih jauh lagi jalan aku ya?

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 14 Jun 2014

[15] Akhirnya Aku.....!

Assalamualaikum 

   Pagi tadi dengan penuh bersemangat aku membuka internet semata-mata untuk mengetahui siapakah pemenang GA Kak Asyu.

WOW!

   Seperti tak percaya! Aku dapat nombor satu. Alalalahai~ Seronoknya aku tau. Menjerit aku. Terus panggil ibu aku. Hahaha. Baru pertama kali kut aku menang. Serius.

   Lepastu aku scroll ke bawah lagi. Tengok-tengok.... Wargghhhh geng lama aku. Jenab aka Sengal pun menang! Alalalahai~~ Sekali lagi aku menjerit panggil ibu aku. Hahaha teruk betul aku.




   Lepas aku komen dekat blog kak Asyu terus aku bukak blog si sengal ni. Aduh mak..... terharu den. Nak tau kenapa?

   Hah baca gambar kat bawah ni ha...


   Orang yang dimaksudkan tu akulah tu. Aduhai. Terharu aku. Thank you Jenab. I miss you! :p

   Ni link blog dia :- http://patrickcute97.blogspot.com/2014/06/first-giveaway-by-asyu-asyura.html

   Kepada pemenang yang lain tahniah ye. Kepada yang tak menang, lepas ni kalau Kak Asyu buat GA.... Jom join ramai-ramai! Hehehe.

   Kejap ni aku bukak balik blog Kak Asyu. Aku rasa komen aku je yang terlebih excited. Hahaha. Nak tau apa yang aku tulis?


   Alahai. Nampak sangat terlebih excited. Hehehe. Kepada yang tak dapat jangan sedih tau! Aku tahu macam mana rasanya bila kita nak tapi tak dapat...

   Jadi kepada Kak Asyu. Terima kasih sangat-sangat. Tak sabar rasanya nak tengok novel tu. Cepat-cepat buat GA kedua okay? Hihihi.

   Jenab. Terima kasih sebab buat dos kegembiraan aku meningkat hari ini. Arigatou Jenab aka Sengal. Dan Kak Ain sebab ucap tahniah kat FB. Huhuhu sampai hati dia nak mintak novel yang aku menang. Tak patut.

   Erk. Itu jelah yang aku nak sampaikan. Bye!

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Selasa, 27 Mei 2014

[9] Hadiah Hari Guru...

Assalamualaikum 

   Akhirnya... Berakhirnya sambutan hari guru dekat sekolah aku. Sambutan yang terakhir. Arghhhh sakitnya hati bila ingat pasal tu.

   Jadi...Apa yang aku dah buat untuk sambutan Hari Guru tahun ni? Ada satu... dua... tiga...empat.... Eh... Empat je? Empatpun empatlah...

   Apakah?

1. Kad Hari Guru

   Hehehe. Kad Hari Guru ni aku buatpun sebab ada budak kelas aku mintak. Jadi aku buatlah kad tu. Aku ni bab-bab nak carik idea slow sikit. Dua malam aku duk fikir nak buat macam mana. Tapi akhirnya siap jugak walaupun bagi aku rasa macam.... There must be something wrong at somewhere. Hahaha...



   Bolehkah? Bolehlah~ Hahaha masuk bakul, tarik tali sendiri :p

   Dan

   Bacalah ayat tu. Aku reka sendiri. Aku memang tak reti nak reka ayat sebab aku takut jadi terjiwang. Apa kelas bagi kad dekat cikgu kad jiwang? Berejam aku fikir. Nasib baik tak jadi macam Patrick. Berasap.

2. Hadiah untuk tiga cikgu

   Hanya tiga cikgu yang dapat hadiah dari aku. Siapakah? Hehehe biarlah rahsia....


   Itu je hadiahnya. Satu correction tape dan dua batang pen. Pasal correction tape tu ada kisah yang tersiratnya. Tapi aku tak mau cerita lagi dan... Ada ke orang nak tau? Heh tu diaaaaa!



   Apabila sesuatu objek sudah dibalut akan menjadi hadiah... Hadiah yang biasa-biasa akan menjadi misteri di sebalik pembalut hadiah yang cun! Betul tak? Huisy seronok jugak buat kotak sendiri. Balut sendiri. Salotape sendiri. Bukan nak bangga. Cuma terasa kepuasan bila kita dapat buat sendiri sesuatu benda untuk seseorang.

   Hah yang tak pernah try cuba try. Best wooo...

3. Kad untuk cikgu-cikgu

   Ini yang paling best aku buat. Sampai pukul dua pagi tadi baru siap. Untuk cikgu beb. Sekali sekala apa salahnya. Kan?


   Love beb. Ini namanya kad origami. Kenapa? Sebabnya...


Taraaa... Ada mesej di sebalik love itu. Dengan gigihnya aku menulis semua kad-kad untuk cikgu-cikgu aku!



   Aiseyman.... Tau tak bila kita dah penat buat dan 'lawa' pulak, kita akan rasa sayang nak bagi kat orang? Hahaha~

4. Apakah?

  Apakah hadiah terakhir itu? Adakah begitu perharga? Adakah mahal? Adakah...? Mengapakah begitu misteri? Mengapakah...?

  Itu adalah kerana...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

   Hadiah terakhir itu ialah....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

   Kacang Cap Tangan.

   Itu sahaja .

   Untuk jamuan hari guru kat kelas aku.

   ???

   Sekian.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 25 Mei 2014

[8] Selamat Hari Guru !

Assalamualaikum 

   Hari Selasa nanti sekolah aku baru nak buat sambutan Hari Guru! Wah. Tahun ni tahun terakhir aku bersekolah dekat sini.... Macam tak percaya je.

   Uwaaaa rasa macam tacink je nak tinggalkan sekolah ni.

   Apa-apapun aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang pernah mengajar aku dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Walaupun mungkin mereka tak baca entri ini, tapi aku tak kisah. Sebab mungkin ada juga orang lain yang macam aku jugak kut? Eh.

   Jadi kepada cikgu-cikgi di luar sana.... Bacalah nukilan yang entah apa-apa daripada saya. Hehehe.


Cikgu
Begitu banyak jasamu kepada kami
Ketabahanmu semasa mengajar kami 
amat mengagumkan diri kami
Tapi entah kenapa kami begitu sukar 
untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu

Cikgu
Mungkin ego kami begitu tinggi
Mungkin setinggi gunung
Mungkin setinggi langit
Ataupun lebih dari itu barangkali
Tetapi cikgu 
kami sentiasa mengenangkanmu
di dalam hati

Cikgu
Adakah cikgu sedar cikgu
merupakan insan terpenting dalam zaman remaja kami?
Oh cikgu 
Begitu berharganya dirimu
dan jasamu kepada kami
di dalam setiap detik yang berlalu

Cikgu
mungkin kami telah banyak menghampakan cikgu
Kami masih tidak dapat memenuhi harapanmu
Tetapi
Engkau tetap maniskan wajahmu
ketika mengajar kami di dalam kelas
Tahukah cikgu bahawa kami berasa sakit
di dalam sudut hati
apabila cikgu masih melayan kami dengan baik
sedangkan kami telah menghampakan dirimu

Cikgu
Teruslah mengajar kami
Yang masih tidak mengerti apa-apa
Yang terlalu mengikut perasaan
Yang selalu menghampakan dirimu cikgu.
Teruslah mengajar kami
Kerana kami masih memerlukan dirimu.

Cikgu
Selagi diri kami masih hidup
Selama itulah jasamu mengalir dalam diri kami cikgu
Terima kasih cikgu.
Terima kasih untuk segalanya.

   
   Cikgu... Selamat hari guru. Teruslah mengajar murid-muridmu. Semoga tabah selalu. Peace!

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Selasa, 13 Mei 2014

[7] Tahniah!

Assalamualaikum 




   Sekarang ni kiranya 'musim' budak-budak dapat masuk U kan? Ada jugaklah kenalan aku yang dapat masuk U. Aku nak ucapkan tahniah dekat mereka.

   Antaranya Kak In. Tahniah dapat masuk UiTM Shah Alam. Kak Ain. Dapat 'berhijrah' ke UiTM  Kuala Pilah. Hehehe. Bro Zahid. Dia ni aku tak pastilah dapat masuk mana. Tapi aku tahu dia dapat dekat Kedah.

   Aku entahlah. Masa depan aku masih kelabu asap. Aku rasa aku tak puas lagi sekolah walaupun aku tersiksa dengan homework. Tapi... Aku sayang nak tinggalkan sekolah aku.

   Perangai budak budak sekolah aku. Aku takut rindu. Budak-budak kelas aku. Sebenci mana aku dekat dia orang. Semenyampah aku dekat dia orang. Aku tetap takut rindu. Walaupun ada yang dah tak sabar nak ambik SPM. Cheh.

   Siapa pernah tengok drama Jepun My Boss My Hero? Aku rasa mungkin aku jadi macam dia. Rindu nak tinggalkan sekolah. Hahaha. Apa punya perangai entah? Macam budak-budak....

   Silap-silap aku sambung belajar macam dia lagi. Boleh apa. Tingkatan enam...? o-ohhh tak tahu.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Selasa, 29 April 2014

[6] Ceritera Si Lembu Jantan

Assalamualaikum 

Ditto


   Hari ini masih macam semalam. Ada ceramah dari cikgu tuisyen pasal subjek matematik tambahan. Cikgu tu aku panggil Cikgu Jambang Serabai. Huh.

   Masa mula-mula dia ajar tu okeylah jugak. Tapi lama-lama makin lain macam aku tengok cara dia mengajar. Kononnya dia kata tak cukup masa.

   Sejujurnya aku MEMANG tak faham apa yang dia ajar langsung! Gopoh semacam. Dengan formula yang.... urgh.

   Lama-lama dia ajar jalan kerja yang terus tulis jawapan. Pelik tak?

   Lepas tu adalah sorang mamat ni angkat tangan tanya Cikgu Jambang Serabai- "Cikgu, markah dengan jalan kerja macam mana?"

   Nak tau cikgu tu balas apa? Huh! - "Ini bukan kerja koranglah nak kira markah semua! Sibuk sangat nak kira markah buat apa? Itulah orang Malaysia ada cara senang nak jugak guna jalan panjang. [ ayat seterusnya ada unsur kepolitikkan. ]"

   Aku kesian betul dengan mamat tu. Dahlah lepastu kawan-kawan dia gelakkan dia. Ramai yang gelakkan dia! Aku pelik. Aku rasa cikgu tu yang tak faham soalan. Mamat tu cuma tanya kenapa dapat jawapan terus tapi jalan kerja tak tunjuk langsung,kan?

   Cikgu Jambang Serabai tu sambung balik 'mengajar' lepas merapu dengan panjang lebarnya. Dan... Tak sampai lima minit dia sebut...

TAHILEMBUJANTAN - sila terjemahkan ke bahasa inggeris.

   Barulah semua budak diam bila dia cakap macam tu dan sambung balik marah budak tu. Aku memang betul-betul kesian dengan mamat tu. Dia tetap budak sekolah aku walaupun aku bukan kawan dia. Apasal pulak 'cikgu jemputan' tu nak meroyan tak tentu pasal?

   Borang testimoni langsung aku TAK NAK isi. Bagi aku, selagi cikgu tu ajar merapu lebih baik aku tak isi langsung daripada aku menipu pendapat aku semata-mata untuk menyanjung Pusat Tuisyen tu. Jangan harap!

   Aku memang kesal dengan budak tingkatan aku yang langsung tak berani bersuara. Semua pengecut! Iyelah dah kebanyakannya belajar kat tempat tuisyen tu.

   Ada budak kelas aku kata, Cikgu Jambang Serabai tu lagi teruk dekat tempat tuisyen. Tiba-tiba aku ragu-ragu dengan iklan tempat tuisyen tu yang tengah bersepah dekat sekolah. Helaian kertas iklan testimoni-testimoni budak-budak yang pernah belajar kat tempat tuisyen tu boleh pakai ke? Atau tipu semata-mata demi mencapai 'misi' menghancurkan budak-budak sekolah.

   Hanya ada dua perkara saja yang aku kalau boleh nak cakap dekat Cikgu Jambang Serabai tu. Hanya dua...

Pertama
Cikgu tolong jaga kata dengan budak-budak. Mungkin cikgu hanya nak tujukan pada seorang, tapi mungkin ada di kalangan budak-budak lain yang akan terasa dengan kata-kata cikgu. Walaupun ramai budak lain yang mentertawakan budak yang cikgu marah sangat tu.

Kedua
Cikgu. Kalau nak mengajar, tolong jangan mencampurkan dengan unsur-unsur politik. Saya tak suka. Cara cikgu tu macam virus yang meracuni pemikiran budak-budak atau remaja yang anggap dah terlebih open minded kononnya. Pasal benda remeh macam ni ramai budak berpuak dan bergaduh. Bukan budak je. Mak bapak ... Atuk nenek budakpun sama saja kalau tiba bab-bab politik ni.

   Aku sayang negara aku. Aku tak nak ada perpecahan, pergaduhan atau pertumpahan darah di negara ini. Aku inginkan kedamaian. Kepada yang tak sukakan Malaysia.... Kutuk Malaysia tolonglah fikirkan tentang cucu cicit keturunan korang.

   Jangan disebabkan perangai kita sekarang, mereka dah tak boleh mengecapi kebebasan disebabkan pemikiran korang yang kononnya dah terlebih terbuka. Tolonglah fikirkan.

   :: Besok ada lagi 'ceramah'. Aku nak tengok gaya cikgu tu dulu. Kalau okay baru isi borang testimoni. Aku tak nak menipu diri aku. Dan aku tak nak bagi pujian dekat tempat tuisyen macam tu. Sorry heh.::

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 28 April 2014

[5] Pusat tuisyen HEBAT?!

Assalamualaikum 

Ditto


   Aku tak tahu kenapa semua orang mesti bangga dengan tuisyen. Bukan tujuan aku nak mengutuk pusat-pusat tuisyen dalam entri ini. Sebab pusat tuisyen juga ada kebaikannya. Cuma apa yang aku tak faham, kenapa budak-budak sekolah nak bangga sangat dengan tuisyen.

   Minggu ni sekolah aku ada minggu kem matapelajaran semua. Dan salah satu pusat tuiyen yang kebanyakan budak sekolah aku masuk dijemput datang memberi ceramah. 

   Entahlah. Aku rasa lawak bodoh saje yang banyak. Memanglah cikgu tu ada mengajar tapi aku rasa lawak bodoh yang terlampau banyak. Sampai aku terfikir- "Lawak sangat ke?"

   Huh.

   Aku pernah dengar budak-budak sekolah aku cakap seperti ayat di bawah :

  • Pusat tuisyen itu amat penting dalam hidup aku. [ Ini kes budak terlebih sanjung tempat tuisyen ]
  • Eeeiiii..... hensemnya cikgu tu tapi itulah.... huhuhu dah kahwin. [ Ini kes... TST sudah ]
  • Huh cikgu tu tak best. Nanti ikta report nak biar dia kena tukar. Bagus tak tempat tuisyen aku. [ Ini kes nak tunjuk bagus kut? ]
  • Aku pergi tuisyen tu sebab DOT tuisyen kat situ. [ Ini kes ikut kawan ]
  • Tempat tuisyen aku best selalu ada aktiviti. [ Ini kes budak nak enjoy memanjang ]
   Isk. Aku bukannya apa. Bila aku dengar ayat kat atas aku rasa macam dia orang pandang rendah kat sekolah. Iyelah aku ada terbaca dekat iklan tuisyen ni - Best tempat tuisyen ni, selalu buat kelas tambahan.

   Aku cuma terfikir adakah bila sekolahnya ada buat kelas tambahan dia akan pergi? Ataupun hanya memilih tempat tuisyen sahaja hanya kerana cikgu tuisyen 'best gilerrrr' dan cikgu sekolah...?

   Lagi satu aku tak suka dengan 'duta tuisyen' yang datang ke sekolah aku tadi. Kenapa nak paksa kita orang mengisi borang testimoni semua tu? Sedangkan ramai budak kelas aku tuisyen dekat situ. Kenapa bukan dia orang sahaja yang isi!? Budak mana yang nak isi sudah. Lepas tu siap kata - "Jangan isi ayat skema macam 'best', seronok..."

   Nak tahu aku tulis apa. 

Okay.

   Lepas tu dia suruh aku tulis baru. Eh kata tak nak ayat skema. Hrmm... Yelah nak buat surveykan. Aku cuba memahami. Uhuk uhuk.

   Dan yang paling aku nak tergelak sekali tadi, lepas rehat biasalah semua orang muka kekenyangan. Nak nak lagi bila cikgu tuisyen tu asyik buat lawak bodoh je, jadi datanglah 'kakak tuisyen' tanya- "Mengantuk ke?" bila tengok aku buat muka boring.

   Oh. Grrrr.... 

   Bagi pandangan aku, aku lagi suka dengan cikgu sekolah yang mengajar sebab dia orang tak akan buat lawak bodoh sahaja waktu mengajar. Ada waktu serius dan ada waktu buat lawak.

   Lagi sekali aku terfikir. Adakah cikgu tuisyen suka buat lawak bodoh supaya budak-budak tuisyen tak akan boo dia? Aku tak maksudkan semua cikgu tuisyen macam tu. Kerana mereka tetap seorang cikgu yang memberi ilmu. Cuma tempat sahaja yang membezakan.

   Lagipun cikgu sekolahpun ada mengajar dekat tempat tuisyen jugakkan?

Cikgu sekolah.
Cikgu tuisyen. 
Mereka tetap seorang cikgu.
Cuma satu bahayanya cikgu tuisyen.
Ada sebahagian daripada mereka
yang memberi ajaran sesat.
(cth. salah format menjawab periksa)
Ini pernah terjadi dekat kawan kelas aku.
Tapi itu dulu-dulu punya ceritalah.
Semoga cikgu tuisyen kalian
tak bagi ajaran sesat waktu mengajar.
Kalau tidak....
Alamatnya melingkuplah waktu periksa.

:: Saya ingin memohon maaf jika ada yang terasa dengan entri ni. Saya bukan nak berlagak bagus. Cuma terfikir. Ini cuma pendapat sementara yang boleh berubah pada masa depan. Kita tak akan tahu. Sekali lagi. Maafkan saya. ::

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 27 April 2014

[4] Di mana ikhlasmu?

Assalamualaikum 





Aku ingin bertanya
di mana letaknya ikhlas
dalam membina sebuah ikatan
persahabatan

Aku tidak dapat melihat keikhlasan itu
di sebalik kerlingan matamu
namun
aku juga tidak dapat menyelam
isi hatimu

Mungkin apa yang kau tunjuk
hanya satu ilusi
disebalik emosi

Kawan
kau tak perlu berdusta apa yang tersirat
dalam hatimu
namun janganlah pula diluahkan pada aku

Jangan memberi harapan
kepada yang sedang berharap
kerana itu sangat menyakitkan

Tapi malangnya semua sudah berlaku
semua tak serupa dulu
hanya kerana satu ucapan
hanya satu

Masa sudah berlalu
sesal menghukum diri
dan
luka itu masih terasa sakit
di dalam dada ini

Aku tak mahu kita mengulang cerita lama
yang penuh kepalsuan
dan dengki wahai kawanku

Tetapi aku cuma mahu
kau jujur pada diri kau
jujurlah
jika itu mampu membahagiakan engkau kelak

Aku berharap
kita akan memulakan memori baru
yang penuh dengan keikhlasan
dan melupakan semua kebodohan yang
lalu.

Semoga kau akan mengerti.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪