Hello! Kenapa entri kali ni tak ada nombor? Sebab entri kali ini edisi special... kononnya. Cerpen. Yup cerpen special untuk Kak Asyu. Cerpen ni memang aku rasa lopek. Tapi! 70 persen kisah benar. Yang lain kelentong. Hahaha Kak Asyu jangan lupa komen !
“Arghh... Bodoh! Bodoh! Bodoh! Kenapalah
aku tak pernah terfikir langsung?!” Bentak Luq dengan berbisik. Penumbuknya menumbuk
pehanya sendiri berkali-kali sejak tadi. Tiba-tiba bahunya disentuh lembut oleh
seseorang.
“Mummy....” Rengek Luq dengan mulut
yang sudah tercebik-cebik. Pandangan matanya juga sudah dikuyukan sehabis
mungkin.
“Yes Luq?” Mummy terus mengambil
tempat duduk di sebelah Luq.
“Isk bencilah dengan Mummy,” Luq
terus mengubah pandangannya ke arah berlainan. Geram apabila Mummynya buat tak
faham dengan kehendaknya.
Mummy tertawa kecil. Puas hatinya
apabila berjaya membuat anak lelakinya merajuk.
“ Yes my cute big baby Luq. Hahaha.
Dah besarpun nak merajuk?” Mummy akhiri ayatnya dengan tawanya sendiri.
Tiba-tiba ada seorang gadis
menyampuk perbualan mereka...
“ Mummy. Luq tu bukan besar je. Dah
tua dah pun. Cuba tengok jambang serabai macam laki mati bini,”Gadis itu terus
menghilang di sebalik pintu selepas menjelir ke arah Luq. Sebenarnya gadis itulah
adik Luq yang dipanggil Ira.
“Amboi mulut kau Ira! Berani kau
cakap macam tu dekat aku. Kau tak tau penantian itu suatu penyeksaan tau.”
Jerit Luq dengan kuat. Tangannya terus meraba-raba dagunya.
‘Heh. Inilah lambang jejaka macho.
Apalah ko Ira. Itupun tak tau.’ Bisik hati Luq sekadar untuk menyedapkan hati.
“Luq... Luq! Hisy sempat lagi
berangan dia ni...” Mummy mula membebel apabila Luq tidak memberi renspon
apabila dia memanggil Luq.
Luq terus berlalu ke pintu. Dia
sempat memusingkan kepalanya melihat ke arah Mummy.
“Mogok!” Ujarnya lalu menyambung
langkahnya masuk ke bilik. Geram hatinya apabila Mummynya tidak membela dirinya
apabila Ira memerlinya. Mummy tergeleng-geleng kepala apabila mengenangkan karenah
anak-anaknya.
“Dunia ni dah terbalik ke? Ataupun
anak aku yang terbalik?” Mug berisi Nescafe dihirup perlahan oleh Mummy sambil
melihat susasana petang yang mengasyikkan di kota Jakarta ini.
Entah kenapa baru tiga hari berada
di situ, Luq tiba-tiba nak balik ke Malaysia. Padahal dulu dia yang paling excited
bila dapat bercuti ke Indonesia. Mummy hanya tersenyum sinis apabila
terfikirkan sesuatu...
‘Penantian itu suatu
penyeksaan.’Ayat Luq bagaikan terngiang-ngiang di telinga Mummy. Mug di
pegangannya diletak semula ke atas meja.
“Penantian itu suatu penyeksaan? Hrmm...”
____________________
Buk!
Luq terus menghempaskan dirinya di
atas katil yang empuk. Matanya tajam melihat kipas yang berpusing. Tiba-tiba
hatinya terasa sakit. Tangannya terus melekap ke dada.
Yang pasti sakit di dadanya itu
bukan sakit yang berbahaya. Tetapi suatu penyakit yang menyeksakan pesakitnya.
“Budak kecik.” Bisiknya perlahan.
Bantal kepala di sisinya ditekupkan ke mulut. Dia memejamkan matanya
serapat-rapat yang mungkin.
Yeah... Mungkin ini kerja bodoh.
Tapi untuk menghilangkan penyeksaannya kini. Ahhh....
“Budak kecikkkk.... I miss
youuuuuuuu!!!!” Jeritan Luq tidak berapa jelas kerana mulutnya telah ditekup
dengan bantal. Terus bantal kepala itu melayang ke mana setelah dicampak oleh
Luq.
Huf. Huf. Huf.
“Adoiii... semput aku.” Luq
merasakan jantungnya berdegup begitu kencang. Macam baru lepas kena kejar
dengan anjing. Tiba-tiba bibir Luq terukir segaris senyuman.
Angau.
Ya, Luq sudah angau. Itulah penyakit
yang paling parah yang sedang dihidapnya. Angau dengan seseorang yang dia tidak
menyangka orang itu juga mempunyai perasaannya yang sama sepertinya. Budak
kecik? Yes. Itulah orangnya.
Laci kayu disisi katilnya ditarik
perlahan. Luq mengeluarkan sepucuk surat. Sepucuk surat yang menjadi punca
penyakitnya itu.
Kepada:
Mat Jelly.
Mula-mula
sekali aku nak ucapkan tahniah dekat engkau result SPM kau. Aku tahu mesti kau dapat
result yang terbaekkkkkan? Tak payah kau
bagi tahu aku sebab aku dulu hari dah tahu tau!
Kalau
kau tengah baca surat aku ni, maknanya kau tengah bercuti dekat Indonkan?
Seronok tak bercuti kat sana? Dari awal tahun lagi kau dah kepoh kat satu kelas
yang kau nak bercuti kat Indon. Ceh Indon je pun. Tapi betulkan kau baca surat
ni yang sekarang kau ni kat Indon? Kalau kau tak pergi lagi Indon kau simpan
dulu surat aku ni. Kalau tak aku cocok mata kau macam sate nak? Hahaha.
Sebenarnya
aku tak ada apa-apapun aku nak cakap dekat kau. Cuma aku nak cakap... Eh tulis ...yang
kalau kau tak ada kat sini mesti boring. BORING GILER!!! Nanti aku tak ada kawan nak gaduh-gaduh. Kau
je kawan aku tau. Peace!
Sekarang
ni dah berapa ramai koleksi aweks kau dekat Indon? Ramai tak? Ada tak yang
macho-macho? Nanti kau kenen kat aku tau. Hehehe. Aku gurau je.
Luq tertawa kecil.
“Budak kecik... Budak kecik... Kalau
kau tak bagitaupun aku tahulah yang kau bergurau... Kalau tak... Siaplah kau!” Jelas
nada cemburu di situ.
Erm...
Kau bercuti berapa lama kat sana? Lama ke? Aku saje je Tanya kat dalam surat ni
sebab kalau aku tanya kau face to face sure kau bahan aku nantikan? Huh. :p
Itulah
je lah aku tulis. Lagi satu cuba kau pusing kertas ni ke belakang. Kau rasa kau
ingat lagi tak? Hahaha. Surprise~
Adious Amigos n
Sayonara!
Ash
Kertas itu terus dipusingkan.
Aku sayang kau.
I love u.
Aishiteru.
Hadirnya dirimu
Bagaikan bintang yang menerangi
malamku
Menghiasi gelapnya langitku
Aku pula hanya bayang-bayang gelap
Yang hilang apabila diterangi terang
cahayamu
Akan aku sentiasa ingatkan dirimu
Kerana namamu telah terpahat di hati
ini.
#Kenapa aku bagi tau kau? Sebab Ira
kata kau syok kat aku kut. Hehehe betul ke?
Surat itu dicium oleh Luq
berkali-kali. Tangannya menyentuh gambar anime Ryoutsu yang ditampal oleh
budak kecik di sudut surat itu.
Baris kata di atas gambar Ryoutsu tak
jemu membuatkan Luq tertawa sendiri.
Ini Luq. Bulu kening
tebal seinci macam Ryoutsu. Tapi kenapa ramai minah lain kata kau macam Mario
Maurer?
Bulu kening tebal terangkat sebelah
setiap kali membaca ayat itu bak Ziana Zain. Luq mengurut keningnya sendiri.
“Dah kurniaan Illahi. Nak buat macam
mana? Mario Maurer tu kan kiranya cousin aku tau budak kecik. Kau tak ingat ke
yang aku ni ada keturunan Thailand?” Luq berbicara sendiri seolah-olah budak
kecik berada di hadapannya.
Surat itu dilipat kembali dan
dimasukkan semula ke dalam sampul sebelum ditempatkan semula ke dalam laci. Luq
merebahkan semula dirinya di atas katil.
“Golek-goleh ah~ Golek-golek ih~
Golek-golek ah~ Golek-golek ih~” Sambil mengikut alunan lagu nada dering
telefonnya, dia juga menggolekkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan.
Sehinggalah....
Gedebuk!
“Adoihhh... Sakitnya bontot aku...”
Terus Luq mencapai telefon bimbitnya sambil tangan kirinya menggosok-gosok
punggungnya.
Tertera nama panggilan dari Daddy
tertera di skrin telefon Luq.
“Mushi mushi~” Luq cuba mengajuk
seperti suara perempuan.
“Assalamualaikum Luq. Banyaklah kau
punya mushi-mushi. Nak pergi keluar makan tak malam ni?” Luq terus melompat
kegembiraan. Tangannya dijulang angkat ke atas.
“Waalaikumussalam. Of courselah nak.
Bila?” Soal Luq.
“Well next year? Hahaha...”Mulut Luq
terus menyenget. Kegembiraannya terus direntap apabila mendengar lawak bodoh
dari Daddynya.
“Mushi-mushiiiii.... Hello Luq. Dah
pengsan ke budak ni?”
“Dahlah Daddy ni sama je macam
Mummy. Heh!”
“Alah gurau sikitpun tak boleh. Kita
dinner malam ni.” Terus Luq tersengih lebar.
“Kat mana?”
“Kat rumahlah.” Mulut Luq terus
membulat. Hekelleh.... Kat rumah pun nak kepoh ke?
Terdengar tawa di hujung talian. Luq
menggigit bibirnya sendiri. Geram.
“By the way.... Kita akan ada tetamu
malam ni. Jadi....”Luq Mengeluh. Dia sudah tahu siapa tetamu jemputan itu
sebelum daddy memberitahunya.
“Yes Daddy. I know. Mesti kawan
business Daddykan?”Jelas nada kecewanya.
“Yup. Bye Luq. Siap-siap tau.”Pesan
Daddy sebelum menamatkan talian.
Perasaan bosannya segera ditepis dan
diganti dengan perasaan rindunya terhadap budak kecik. Tuala yang tergantung di
ampaian terus dicapai lalu dibalutkan di kepalanya.
Kakinya dikangkangkan dengan
seluas-luas mungkin. Matanya dipejam rapat. Penumbuknya tangan kanannya digenggam
erat. Penumbuk itu terus dirapatkan ke mulutnya.
My baby you
Are the
reason I could fly
And cause of
you
I don't have
to wonder why
Baby You
There's no
more just getting by
You're the
reason I feel so alive
Though these
words I sing are true
They still
fail to capture you
As mere
words can only do
How do I
explain that smile
And how it
turns my world around
Keeping my
feet on the ground
Setiap baris kata lirik Marc Anthony
dinyanyikan semula oleh Luq dengan penuh perasaan. Bibirnya dihiasi senyuman
yang manis. Lagu itu seolah-olah menggambarkan perasaannya. Hisy teruk betul
kalau orang dah angau.
Mulut Luq terus menyanyikan lagu itu
sehinggalah dia masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
_____________________
Kawan Business Daddy dah balik. Ahaaa...
Inilah masanya!
Luq menyendeng ke arah Mummynya. Ira
yang asyik membelek majalah sempat menjelirkan lidah kepada Luq. Luq terus
mengalihkan pandangannya ke arah Mummy.
“Mummy.... Bila kita nak balik
Malaysia?” Nada kegedikan Luq mula menjelma.
Mummy memandang Daddy. Daddy
memandang Ira. Ira yang kebingungan hanya menaikkan bahunya.
“What?” Soal Ira.
“Luq... Luq... Luq... Kenapa tak
sabar sangat nak balik Malaysia?” Soal Mummy dengan pandangan yang
mencurigakan. Tangannya juga disilangkan. Pandangannya tersirat sesuatu yang
mencurigakan.
Luq menyengetkan kepalanya.
“Ala Mummy... Orang boringlah tengok
cerita sinetron kat sini. Luq nak tengok artis Malaysia. Boringlah Mummy...”
“Eleh alasan je tu...” Ira
menyampuk.
“Hish ko ni diamlah. Mulut nak kena
salotape?”Ira terus mengeleng laju. Dia masih teringat Luq pernah mengejarnya
kerana selalu menyampuk dan dia tidak mahu kejadian itu berulang lagi.
“Alah Luq. Lagi tiga minggu je.
Kejap je. Pejam celik pejam celik nanti tiga minggulah,” Ujar Daddy sambil
tergelak besar.
Luq terus membatukan diri. Matanya
dikedipkan beberapa kali.
“Daddy...”
“Yes?”
“Dah tiga minggu ke?” Soal Luq
dengan nada yang sungguh polos. Mukanya dibuat seperti muka innoncent.
Mummy terus mengetip bahu Luq. Semua
gelakkan Luq yang mengaduh kesakitan.
“Nama je dapat straight A’s. Tapi
perangai... Fail!” Sekali lagi Luq ditertawakan.
“Luq... Kan kita nak tunggu Aunty
Rina balik sini. Kita tolong jaga rumah dia. Bila dia dah balik sini nanti
barulah kita balik Malaysia, okey?”Luq mencebik.
Heisy lambat lagi rupanya aku nak
balik Malaysia. Luq mengeleng kecewa.
“Kenapa Daddy tengok Luq macam orang
frust je?” Pergh! Luq dapat rasakan jantungnya berdegup empat kali ganda lebih
laju dari biasa. Dia dapat merasakan bahang panas terus naik ke kepalanya.
“ Mana ada,” Luq menafikan ayat
Daddynya.
“ My baby you. Are the reason I
could Fly... And cause of you...” Mulut Ira terus ditutup oleh Luq. Ira
meronta-ronta minta dilepaskan.
‘Hisy mesti budak ni sekodeng aku
petang tadi!’ Bisik hati Luq.
“Hei Luq. Kenapa buat Ira macam tu?”
Soal Mummy yang pelik dengan kelakuan Luq. Luq terus mengangkat kedua belah
tangannya sebagai isyarat menyerah kalah.
“Mana ada Luq buat apa-apa.”Ujar Luq
seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sambil tersengih. Mummy dan Daddy hanya
mengelengkan kepala.
“Entah Luq ni. Aku mana ada cakap
apa-apa. Aku nyanyi jer pun. Heh.”Ira berkata perlahan tapi masih boleh
didengari oleh Mummy.
“Cakap? Cakap apa?” Luq terus meraup
mukanya. Ira pula terus menutup mulut dengan tapak tangannya sendiri. Luq
berasa pelik. Kenapalah malam ni Mummy dengan Daddy dah macam detektif?
Selama ini hanya Ira yang tahu perasaannya pada Ash. Hanya Ira juga tahu tentang surat itu. Tapi hati Luq juga berbisik bahawa Mummynya juga sudah mengesyaki tentang itu. Isk malulah. TST sudah.
_____________________
10 tahun
lalu,
Seorang budak perempuan berlari-lari
kecil mendapatkan Danial. Dia mengeluarkan sepucuk surat dari poket baju pinaforenya
dan diletakkan di atas telapak tangan Danial.
“ Danial. Tolong bagi surat ni dekat
Luq. Ada budak lain bagi. Aku nak pergi tandas ni.” Ujar budak perempuan itu
lalu terus berlari ke tandas yang tidak jauh dari situ.
“Oh. Okey.”
Danial terus membelek-belek sampul
surat kecil itu. Danial menghidu-hidu surat itu. Wangi.
“Sah. Ni mesti surat cinta. Luq...
Luq... Dahsyat betul engkau. Nak bukak ke tak? Nak bukak ke tak?”Danial
menggaru-garu kepalanya. Hati kecilnya menyuruh dia membuka surat itu dan
membaca isi surat itu. Tapi.... Argh tunggu Ash keluar dari tandaslah.
Pap.
“Oi Luq. Kau ni memang suka buat aku
terkejutkan.”Marah Danial kepada Luq. Luq tersengih-sengih.
“Dari tadi aku tengok kau tengok
tandas budak perempuan. Lepas tu pegang surat.... Heeeee......” Luq bercekak
pinggang.
“Surat cinta ek? Tak sangka aku kau
boleh dapat surat...” Danial terus menayangkan surat itu di hadapan muka Luq.
Kepada: Luq J
“Sekarang kau cakap... Surat ni
untuk siapa.” Danial terus gelak terbahak-bahak bila Luq terus merampas surat itu dari tangannya. Tangannya dipaut pada tengkuk Luq tetapi terus
ditolak oleh Luq.
“So sweet.” Sekali lagi Danial
tergelak besar.
“Syuh-syuh. Aku nak baca surat ni.
Blahlah kau.”Marah Luq.
“ Ok. Luq tadi surat tu Ash bagi
dekat aku. Lepas tu dia pergi tandas. Dia kata ada orang lain bagi. Ntah-ntah
dia tak?” Ujar Danial sambil memandang Luq dengan pandangan yang mencurigakan.
Kemudian dia terus berlari meninggalkan Luq.
“Ash? Takkanlah.” Luq membelek-belek
surat itu.
“Kejap. Ni bukan tulisan Ash. Pasti!
Tulisan Ash buruk giler. Bila masa pulak tulisan dia jadi cantik.
Hahaha.”Bahagian tepi surat itu terus dikoyakkan.
Luq membaca baris ayat di dalam
surat itu. Pendek sahaja. Tapi ayat itu membuatkan dia tergelak besar.
Aku sayang kau.
I love u.
Aishiteru.
Hadirnya dirimu
Bagaikan bintang yang menerangi
malamku
Menghiasi gelapnya langitku
Aku pula hanya bayang-bayang gelap
Yang hilang apabila diterangi terang
cahayamu
Akan aku sentiasa ingatkan dirimu
Kerana namamu telah terpahat di hati
ini.
Peminat rahsia
“ Siapalah peminat rahsia aku ni?”
Luq menggosok-gosok dagunya. Luq ternampak Ash keluar dari tandas dan datang
menghampirinya. Surat itu segera dimasukkan ke dalam poket.
“Surat tadi tu tulis apa?” Soal Ash.
Luq mengelengkan kepala.
“Surat lawak.”
“Surat lawak?” Ash mengerutkan
dahinya. Luq menganggukkan kepalanya. Bibir kecilnya tersengih lebar.
“ Nak tengok.”
“Tak boleh.”
“Kenapa?” Ash masih tidak berpuas
hati dengan tingkah Luq.
“Sebab... Sebab... Hah. Sebab surat
ni untuk aku. Bukan untuk kau.” Luq terus berlari dan Ash mengejarnya. Luq
berhenti di tong sampah.
Tangannya terus mengeluarkan surat
cinta itu dari poket seluarnya dan mengoyaknya. Luq terus tersenyum puas.
“Kenapa kau koyak?”
“Sebab aku tak nak kau atau
siapa-siapa baca.” Luq berkata bersahaja sambil mengatur langkah ke kantin.
“Oh...” Langkah Ash terus terhenti.
Luq memandang Ash dan menunggu dia menghabiskan ayatnya.
“ Okey. Bye aku nak pergi ke tandas
kejap. Kau pergilah dulu.”Ujar Ash terus meninggalkan Luq.
Pelik.
“Bukan tadi dia baru pergi tandas
ke? Musykil musykil...” Luq terus mengatur langkahnya ke kantin yang telah
terhenti sambil menggook-gosok dagunya.
Sementara Ash di tandas...
‘Sampai hati... Sampai hati kau
koyak surat aku, Luq.’ Mata Ash mula berkaca. Dia terus membasuh mukanya dengan
air. Betapa sakitnya hati dia bila dia melihat Luq mengoyak surat yang
ditulisnya hingga menjadi cebisan-cebisan kecil di hadapannya. Kemudian Ash
mengeleng-ngelengkan kepalanya.
‘Tak. Luq tak jahat. Aku yang bodoh.
Kenapalah aku tulis surat itu?’Ash menggengam penumbuknya. Dia masih ingat. Dia
curi-curi tulis surat cinta itu selepas emak dan bapanya tidur. Mujur dia sudah
mengagak segala kemungkinan yang akan berlaku.
Sebab itulah Ash menukar bentuk
tulisannya berlainan dari tulisan kebiasaannya. Sekali lagi Ash membasuh
mukanya dengan air.
“ Sekurang-kurangnya dia tak tahu
siapa yang tulis surat tu. Nasib baik aku tak tulis nama aku.” Ash tertawa
kecil sebelum meninggalkan tandas. Dia mengetawakan kebodohan dirinya sendiri.
Luq melihat Ash melangkah ke arahnya
dengan sebungkus nugget di tangannya. Seperti biasa Ash akan rehat bersama-sama
dengan Luq dan Ira yang ketika itu baru darjah satu.
Luq menjeling ke arah Ash yang duduk
di sebelahnya yang mengunyah nugget seperti biasa. Seperti tiada apa yang
berlaku. Luq melihat Ira dan Ash berbual seperti biasa.
Seperti biasa!
‘Dia ni tak jelous ke aku dapat
surat tu?’Sekali lagi Luq menjeling Ash sebelum menyambung kunyahan roti yang
dibelinya tadi.
‘Ash... Aku tak nak bagi kau baca
surat tu sebab aku tak nak bagi kau sedih. Aku...’Luq melihat nugget Ash sudah
tinggal lagi seketul. Sedangkan roti di tangannya masih berbaki lebih dari
separuh.
‘Ash... Aku suka kau ke?’ Bisik hati
Luq sendiri.
______________________
Luq
meletakkan tangannya di atas kepala. Bilah kipas yang berpusing laju masih
tidak dapat menyejukkan tubuh Luq.
“Tinggal lagi dua hari jer Luq.
Sabar Luq.” Luq tersenyum sendiri. Hatinya gembira. Sangat gembira sebab dia
akan pulang semula ke Malaysia lagi dua hari. Tapi dia juga dapat rasakan ada
sesuatu yang tak kena. Kenapa?
______________________
“Yo Mat Jelly!” Suara yang dirindui
Luq membuatkan kepala Luq terus terangkat. Namun tidak lama. Luq terus
memuncungkan mulutnya dan memandang ke luar tingkap. Kerusi di hadapan Luq
ditarik dan dipusingkan ke arah Luq.
“Alamak.... Dasar kau ni Mat
Jellylah. Cepat sangat merajuk. Kalah aku. Aku jugaklah yang kena pujuk kau .
Nah denda aku sebab buat kau merajuk.” Ash menghulurkan aiskrim Cornetto kepada
Luq. Luq mengecilkan matanya.
Tangannya pantas mencapai aiskrim di
tangan Ash. Terus Ash tersenyum lebar. Senyuman yang membuatkan hati Luq
berdebar kencang.
“Kenapa kau lambat? Lama aku tunggu
tau!” Soal Luq dengan nada merajuk sambil menjilat aiskrim.
“Saja.”Bulat mata Luq mendengar
jawapan yang keluar dari bibir Ash.
‘Sabar Luq. Dia nak test kau je.’Luq
cuba menyabarkan hatinya.
Mata Luq menjeling ke arah Ash yang
sedang menongkat dagu melihat dirinya. Seragam sekolah menengah yang tersarung
di tubuh Ash membuatkan diri Ash kelihatan lebih kecil. Entah kenapa.
“Woi budak kecik. Mana aiskrim kau?
Kenapa kau tak makan?” Soal Luq setelah menyedari Ash tidak makan aiskrim.
“Saja.” Luq mengerutkan
dahinya.
Kenapa budak kecik ni lain macam je?
Ash tiba-tiba terus berdiri. Tiba-tiba
dia menggosok-gosok rambut dan mencuit hidung Luq.
“Eh?”Ash hanya tersenyum. Dia
melangkah menuju ke pintu kelas.
“Bye.”Ujar Ash sambil melambai ke
arah Luq. Luq masih membisu.
“I love you.”Terus Ash membuat flying kiss
kepadanya.Mata Luq terkebil-kebil melihat kelibat Ash yang berlalu pergi.
Luq menyentuh rambut dan hidungnya.
‘Dia... Dia suka aku ke?’ Muka Luq
terus memerah.
‘Tapi...’Luq memegang dagunya.
Mukanya jelas dengan kehairanan.
“Kenapa dia pegang aku?Aku bukan
mahram dia.” Tanpa sedar, Luq terus menampar mukanya sendiri.
“Ouch. Hehehe...” Luq tergelak
sendiri. Tiba-tiba ada benda sejuk di atas seluarnya. Mata Luq terus membulat.
“Makkkk ... Aiskrim aku dah
cairrrr!”
Dush.
“Apa aiskrim-aiskrim hah? Banyaklah
kau punya aiskrim. Air liur yang meleleh. Tak malu.”Marah Ira.
“Astaghfirullah” Mimpi rupanya Luq.
Alahai....
Mummy dan Daddy terus menggelakkan
Luq. Kali ini Luq juga ikut ketawa.
“Eleh mimpi pasal aiskrimpun nak
gelak ke?”Soal Ira. Tak pernah abang dia gelak kalau kena gelak. Merajuk lagi
adalah.
Luq menjeling ke arah Ira.
“Kau jeles apahal?”Ira hanya
mencebikkan mulut mendengar ayat yang dikatakan Luq.
‘I love you.’
‘I love you.’
‘I love you.’
Luq menongkat dagu di tepi cermin
tingkap kereta. Dia melihat banyak kereta bergerak di atas jalan raya apabila
lampu isyarat bertukar ke warna hijau. Ya, kini dia sudah pulang ke Malaysia.
‘Ash. Kau memang buat aku angau. Itu
kau baru cakap dalam mimpi. Kalau aku dapat dengar kau cakap....’ Sekali lagi
Luq tersenyum sendiri. Namun senyum itu tidak lama. Dahinya pula berkerut.
‘Ehhh.... Tak logik betul mimpi aku
tadi. Kan kita orang dah habis sekolah. Apalah aku ni...’ Terus Luq menepuk
dahinya sendiri.
________________________
“Takkanlah...” Ujar Luq hampir
menjerit. Dia tak percaya. Tak percaya!
“Luq sabar Luq... Sabar.”Pujuk Mummy
sambil memeluk Luq. Mummy dapat rasakan suhu tubuh Luq berasa benar-benar
panas. Ira pula hampir menangis apabila mendapat tahu Ash kemalangan dan sedang
koma.
“Mak cik tahu Luq kawan baik Ash.
Luq... Ira... Tolong doakan Ash ya.”Pinta Mak Ash. Mummy mengangguk lalu
menyentuh bahu Mak Ash sebagai tanda simpati atas kejadian yang telah terjadi
kepada Ash. Ira memeluk Luq.
Mereka masih tidak percaya. Ibarat
bermimpi. Luq mengetuk rumah Mak Ash tetapi tiada jawapan. Tiba-tiba Mak Ash
berada di belakang mereka dan memberitahu mereka Ash sedang koma.
Daddy pula sedang berbincang sesuatu
dengan ayah Ash. Kelihatan Daddy sesekali menganggukkan kepalanya.
“Tadi...”Semua memandang ke arah
Luq.
“Luq mimpi Luq jumpa Ash.” Luq
terdiam seketika sebelum menyambung katanya.
“Dia pujuk Luq.”Air mata mak Ash
sudah tidak tertahan apabila mendengar ayat Luq itu.
“Dia...” Tangisan Ira yang semakin kuat
menghentikan kata-kata Luq.
Mak Ash menghampiri Luq dan Ira. Dia
memeluk kedua-dua insan itu dengan seerat mungkin.
“Malam ni korang rehat dekat rumah.
Besok kalau Luq dengan Ira sudi, jenguklah Ash dekat hospital ya.” Ira
menganggukkan kepalanya.
Luq memandang ke arah ayah Ash.
“Macam mana Ash boleh kemalangan?”
Soal Luq. Dia ingin tahu. Kenapa? Kenapa Ash boleh kemalangan.
Namun, belum sempat ayah Ash
berkata, kedengaran suara azan dari masjid berdekatan.
“Balik dulu. Lepas Isyak nanti baru
pakcik cerita.”Ayah Ash berkata.
_____________________
“Ash.” Luq rasa tidak sanggup
melihat wajah Ash yang lebam-lebam. Ingin sekali dia menyentuh wajah itu namun
dia masih tahu batas mereka.
“Luq.”Mata Luq terus memandang ke
arah Ira.
“Jom kita cari hadiah yang Kak Ash
nak bagi tu?” Ajak Ira. Dia masih ingat kata-kata mak Ash malam tadi.
“Dia
kemalangan sebab dia kena ragut. Dia sebenarnya baru lepas belikan hadiah untuk
Luq. Lepas dia beli hadiah tu terus dia bagi tahu kat makcik. Dua hari sebelum
tu sebenarnya Ash demam teruk. Tapi semalam tak tahulah kenapa dia degil sangat
nak carik hadiah untuk Luq.” Terus wajah Luq berubah mendengar kata-kata Mak
Ash. Hatinya terasa sangat sakit.
“Tapi
kami tak salahkan Luq.”Sambung mak Ash. Ayah Ash menganggukkan kepalanya.
“Jadi
Luq jangan rasa bersalah. Tolong jangan salahkan diri Luq.”
“Luq?” Ira memegang tangan Luq. Luq
terus tersentak.
“Jom cari?” Ajak Ira sekali-lagi.
“Mesti Kak Ash kecewa bila dia tahu
hadiah dia bagi hilang,kan?”Pujuk Ira. Pantas Luq mengangkat mukanya.
Ya, dia tak mahu menghampakan Ash
lagi. Cukuplah dulu dia pernah mengooyakkan surat pemberian Ash dulu.
Luq memandang Mummy, Daddy, mak Ash
dan ayah Ash bergilir-gilir. Mereka semua mengangguk sebagai isyarat bersetuju.
Luq sempat menjenguk Ash sebelum meninggalkan kawasan hospital.
________________________
“Argh... Mana hadiah tu? Luq rasa
hadiah tu ada lagi ke kat sini?”Ujar Ira sambil mengelap peluh di dahi.
Matahari sudah naik meninggi. Sudah berejam Luq dan Ira mencari hadiah Ash,
tapi masih tak jumpa.
Luq melangkah perlahan ke sebatang
pokok yang rendang dan duduk berteduh di situ. Dia memejamkan matanya dan cuba
membayangkan kejadian ragut yang menyebabkan Ash koma.
Tanpa sedar dia menyebut nama itu. Di
dalam hatinya dia berdoa supaya dia jumpa hadiah pemberian Ash. Tiba-tiba
bagaikan ada bayangan imej yang dapat dilihatnya.
Luq terus berdiri dan menyambung
pencariannya semula. Ira juga menyambung semula mencari hadiah itu.
“Ira. Sini aku dah jumpa.” Jerit
Luq. Ira terus berlari ke arah Luq. Bulat matanya melihat bungkusan plastik di
tangan Luq. Tangan luq mengeluarkan objek di dalam plastik itu.
Baju.
“Pink?”Luq seolah-olah tak percaya.
Warna pink bukan warna kegemarannya. Badan Ira sudah bergerak-gerak akibat
menahan ketawa.
Mata Luq tajam menjeling Ira.
“Kalau nak gelak tu gelak ajelah.”
Muncung Luq sudah kedepan.
“Dia nak test aku ni... Sebagai anak
jantan, dugaan ini tersangatlah kacang.”Sambung Luq sambil ketawa. Ira juga
mengeleng-ngeleng kepala melihat abangnya yang gembira mendapat pemberian dari
Ash. Baju itu dikucup berkali-kali oleh Luq.
“Mana tau hadiah tu dari Kak
Ash?”Soal Ira. Tangan Luq menunjuk sehelai resit. Tarikh Ash kemalangan. Ira
mengangguk berpuas hati.
Mereka terus ke motor dan pergi ke
hospital semula.
Pencarian sudah tamat.
___________________
Dua minggu.
Dua minggu Ash koma.
Dua minggu itu, setiap hari Luq akan
pergi ke hospital.
Melawat Ash.
Melihat wajah Ash.
Hati Luq sakit setiap kali melihat
mata Ash terpejam setiap kali dia melawatnya.
“Budak kecik. Cepat bangun. Kalau
tak bangun aku carik makwe lain. Melepaslah kau tak dapat nak tengok kening
Ryoutsu aku ni.” Bisik Luq di tepi telinga Ash.
“Yuhuu... Hari ni hari jadi aku. Aku
nak kau bagi aku katak macam tahun lepas. Hehee.”
Ash masih diam. Koma.
“Budak kecik. Sampai hati kau bagi
aku baju warna pink. Kau tau aku tak suka kan? Kau ni saje je.” Luq mengulum
senyum.
“I love you Ash.” Luq tersengih
sendiri.
“Lepas ni aku nak kau bangun dan kau
kena cakap I love you kat aku jugak. Hahaha.”
“Ash. Bangun tau. Kita orang semua
ada kat sini. Kita orang tunggu kau. Aku tunggu kau.”
“Luq.”Terus Luq memandang ke arah
Ira di belakangnya.
“Mummy ngan Daddy datang kejap lagi.
Mak ayah Kak Ash tak dapat datang hari ni sebab ayah Kak Ash demam.”Luq hanya
mengangguk mendengar kata-kata Ira.
“Luq. Happy birthday.”Luq hanya
memberi senyuman tawar mendengar ucapan itu dari Ira.
Apalah ertinya dia menyambut hari lahirnya
sedangkan ada orang kesayangannya sedang terlantar koma.
Suasana kembali sepi. Jam di wad
baru pukul tiga petang. Luq mengeliat kecil. Sudah sejam dia di situ menemani
Ash rupanya. Ira pula asyik membelek majalah yang baru dibelinya sambil duduk
di sebelah katil Ash.
“Luq...”Mata Luq dan Ira terus
memandang Ash lalu tersenyum. Akhirnya!
Erm... Klise ke? Jika ya... Harap maaf. Peace!
Sayonara,
best la budak techik mana ada tak best... tapi cam tergantung...
BalasPadamcam ne ngan Ash ngan Luq together ke???grrr dak techik ni menguji kesabaran kak asyu nimmm...
hahaha btw thanks sbb up cerpen ni... hahaha ryoutsu+mario maurer kelas kau jah! <3 <3 <3
Tergantung? Memang sjaja je buat macam tu.
PadamHahaha opkos ryoutsu+mario maurer. tak boleh dilupakan!
Bestlah kak!
BalasPadamBestlah kak!
BalasPadamAlalahai~ komen sampai dua yer budak ni.
PadamTerima kasih sangat sebab sudi komen.
Hahaha