Jumaat, 12 September 2014

Nota #2


Bukan semua perkara kita
boleh luahkan.


Kerana kebiasaannya
keadaan lebih bagus
kalau kita hanya membisu
walaupun hati kita
akan sakit.



Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 30 Ogos 2014

Jadual SPM 2014

Assalamualaikum 

   Klik link dibawah untuk melihat jadual SPM 2014 :

http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/images/bahan/spm/2014/jadual/JW%20SPM%202014%206%20AUGUST.pdf


   Kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2014:

   Jaga-jaga. SPM sudah dekat. Semoga kalian tabah. Hehehe. Kita geng~

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Jumaat, 29 Ogos 2014

Pabila berBLOG...

Assalamualaikum 




   Nak menulis dalam blog kena ada tujuan ke? Ya. Bagi aku semua pemblogger ada tujuan tersendiri. Tapi macam aku buat dulu baru fikir tujuan. Harapnya tak ramai yang jenis macam aku.

   Bila aku belek balik blog aku. 'Imbas kembali' blog aku yang lama-lama buat aku terfikir. Apa tujuan aku ada blog? Yang tak ada tujuanpun sebenarnya kena ada cipta tujuannya sendiri. Kalau tak, itu yang blog terbiar ketandusan- macam akulah tu...

   [Buat masa sekaranglah...] Tujuan aku nak berBLOG ialah :


  • Nak cari kawan yang sama umur.
  • Tambah kawan baru.
  • Tulis apa yang nak tulis tentang kehidupan aku. (walaupun aku terpaksa berfikir banyak kali sebelum tulis. Hahaha)
  • Nak kongsi lukisan. (tak ter... buat lagi)
  • Nak kongsi cerpen atau nukilan. (tak der...idea lagi)
  • Nak kongsi info. (tak ter...cari lagi)
  • Nak kongsi pendapat aku. 
  • Nak jadi femes... kononnya~
  • Banyak lagi yang tak terfikir sekarang ni!

   Harapnya yang mana baca entri kali ini akan menetapkan misi dan visi untuk berblog termasuk aku juga. Ehem. Aku ni sebagai sebagai penulis alam maya, rasa macam tahu je kenapa ramai orang suka tulis blog separuh jalan. 

  Antara sebabnya ialah tak ramai follower, tak ramai baca entri blog dan tak ada yang sudi komen. Wow... Lek arr. Cara aku kacang je. Kita cuma perlu berfikir . Kita menulis untuk siapa? kenapa? Dan kerana...? Fill in the blank-

   Cara bahasa yang kita tulis. Jenis aku ni hentam keromo. Ikut mood bila menulis. Kejap bahasa rojak. Kejap bahasa baku. Yang penting bagi aku sebagai tuan punya blog itu terpulang kepada kita sendiri. Jangan terlampau berpegang sangat pada prinsip, asal kita selesa dengan cara kita. Cuma yang aku tak berasa nak suka bahasa planet neila. Hahaha bahasa apalah tu.

   Jadi sama-samalah kita menggunakan blog dengan cara dan gaya yang kita suka. Asal tidak terlebih over sangat. Yieha~ Blog kita gaya kita! Hahaha.

   Ekstra :

Selepas ini tiada lagi entri bernombor kerana big boss blog ini malas nak check entri dia tulis sudah ke berapa...

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 9 Ogos 2014

[25] TK Cikgu Vogue !

Assalamualaikum ☁  

  Ehem. Cikgu Vogue? Siapa? Dia... Cikgu Add Math aku tau. Cun cikgu ni. Sebenarnya kawan aku aka Baby Huda yang cakap dekat aku. yang dia panggil cikgu ni Cikgu Vogue. TK? TK tu sebenarnya singkatan terima kasih. Hahaha. Kenapa? Bacalah...

   Okay... Apa nama betul cikgu ni erk? Bagi akulah. Nama cikgu ni unik. Nama dia Cikgu Cethy. Haaa.... Comelkan nama cikgu ni. Hehehe. (Cikgu saya bukan bodek.)

   Sebenarnya waktu hari raya hari tu, aku mintak tolong Cikgu Vogue belikan aku kek lapis Sarawak sebab tahun lepas cikgu ni bawak kek lapis sedap giler! Siap sms dengan cikgu suruh cikgu belikan. Sms punya sms last-last cikgu janji nak belikan. Excited aku bagi tau dekat ibu aku.

   Bila buka sekolah, aku dapat kek lapis Sarawak yang diidamkan. Fulamak. Cun...

   Nak tengok? Tengok bawah.






   Fulamakkk.... tengok colourfulkan? Manis tapi sedap. Yummy! Tapikan, lepas tu Cikgu Vogue topap lagi dua kek lapis Sarawak ni !


 

   Wow. Cantikkan? Sodap pulak tu. Isk lepas ni dapat lagi ke dapat makan kek lapis Sarawak lagi? Huhuhu.

   Kepada Cikgu Vogue : Terima kasih cikgu sebab sudi tolong belikan. Batch kedua yang cikgu bagi warna merah tu favourite 'Aisha'. ( Kenapa cikgu selalu panggil Aisha ek? Nak tanya tapi selalu lupa.) Warna hijau favourite ibu. Hehehe. Cikgu, you are the best!

Sayonara, 


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Khamis, 7 Ogos 2014

[24] 7 Jenis Persahabatan Hanya 1 Sampai Akhirat

Assalamualaikum ☁  


Ditto


   Di dunia ini, terdapat tujuh jenis persahabatan. Tetapi hanya satu sahaja yang kekal hingga akhirat.

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
.
Rasulullah SAW mengajarkan doa : 
"Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.


Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : 
"Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
.
Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin

~ credit to Nurul Basirah
~ credit to facebook

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 4 Ogos 2014

[23] Terima Kasih Kak Asyu !

Assalamualaikum 

   Hehehe. Sorry Kak Asyu sebab Ritz lambat update. Haaa.... korang nak tau tak aku ada dapat dua benda daripada Kak Asyu hari tu. Tapi sebab kamera aku hari tu koma seketika jadi lambatlah aku update. Peace Kak Asyu!

   Hari tu aku dapat hadiah daripada Kak Asyu sebab aku join GA dia. Nak tengok tak? Ni dia...




   Kak Asyu... Ritz dah habis baca novel ni. Best. Lain kali... Kak Asyu bagilah lagi tau. Hahaha. Boleh save bajet.

   Lepas tu... Kak Asyu buat GA kad raya. Aku join jugak dan... Dapat!

   Jeng jeng jenggg~


   Tu dia. Kad raya cop Ipoh, Perak! Hehehe.


   Comel gilerkan? Nak tau apa yang Kak Asyu tulis? :p biarlah rahsia. Tahun lepas lagi best sebab Kak Asyu buat kad dia sendiri.

   Kak Asyu.... Tahun depan bagi lagi ya. Selamat hari raya Kak Asyu! ^_^

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 3 Ogos 2014

[22] Biar Aku Jadi Diri Sendiri

Assalamualaikum ☁ 

   Dalam hidup ini, aku dah berjumpa dengan ramai jenis manusia. Hipokrit. Dengki. Talam dua muka. Menyakitkan hati. Aku tak tahu kenapa aku selalu berjumpa dengan manusia sebegini. Mungkin kerana tuhan ingin menunjukkan kepada aku bahawa inilah kehidupan? Aku juga tahu bahawa masih banyak lagi jenis manusia yang aku belum berjumpa.

   Aku bukan jenis pendiam. Tapi aku bukan jenis riuh sekampung. Kadang-kadang aku rasa macam aku ada split personality? Heh. Secara automatik bila aku berjumpa dengan jenis manusia yang berbeza, karakter aku akan berubah. Aku masih manusiakan?

   Aku paling tak tahan dengan orang yang menyakitkan hati. Aku tak reti nak marah dekat orang jenis macam ni. Silap-silap aku terus mengamuk nanti. Aku selalu terfikir setiap kali aku bermonolog dalaman, kalaulah mereka tahu apa yang tersirat dalam hati aku. Hahaha. Bahaya kalau jadi orang yang pemendam. Tapi aku bukan jenis pemendam sangat. Cuma aku tak dapat nak luahkan semua yang aku nak cakap. Tapi... Aku juga berfikir bertapa teruknya diri aku sekarang (kalau aku sudah berada di masa depan).

   Lagi satu jenis manusia yang aku harus jauhi demi kesihatan fizikal dan mental aku... Jenis manusia yang sentiasa nak kutuk semua benda yang aku buat dan semua yang dia buat betul. Kita sebagai manusia... Adatlah kalau kita nak complain. Tapi janganlah sampai aku cakap macam ni, dia cakap macam tu. Apa aku boleh buat. Simpan geram dalam hati. Pergi jauh-jauh.

   Ibu aku pernah cakap. Arwah atok aku kata lagi baik kita kawan dengan buku. Aku fikir mungkin ada betulnya. Berkawan dengan manusia, oh... manusia tak sempurna dan aku tahu fakta itu. Cuma sekurang-kurangnya aku nak berkawan dengan orang yang boleh buat aku selesa dan seronok dengannya. Bukan kawan yang sempurna. Heh.

   Bila aku bengang giler... Salah satu benda yang aku buat ialah tengok langit. Bayangkan. Awan putih yang coraknya tidak statik. Sentiasa bergerak bila angin bertiup. Aku selalu cuba tahan mata aku supaya tak berkedip dan ikut arah awan yang bergerak. Sangat cantik. Tengok langit lebih menenangkan aku.

   Aku rasa semua orang tahu imaginasi bukan sesuatu yang logik. Salah satu benda yang aku selalu bayangkan ialah wujudnya sebuah dunia yang tiada sesiapa di situ. Aku bebas dekat situ. Dan aku boleh balik ke dunia sebenar bila-bila masa yang aku nak. Oh... Stop! Aku memang tahu itu tak akan pernah boleh berlaku. Sebab itu hanya imaginasi aku.

   Hati aku selalu menjerit aku nak jadi diri sendiri. Dan... aku selalu soal diri aku balik. Selama ni aku bukan diri sendiri ke? Ya... aku memang aku. Cuma ada satu benda yang meganggu aku. Kata-kata. Kata-kata orang yang tak sependapat aku dan asyik mendengarkan aku dengan pendapat mereka DAN ayat yang sama daripada orang yang berbeza. Huh. Pemikiran yang 'sama'.

   Aku tak tahu apa yang sepatutnya aku berharap. Aku hanya nak jerit kepada mereka dan berkata semua orang ada cita rasa. Hentikan percakapan yang berulang. Walaupun mereka bukan cakap dekat aku... Tapi aku boleh dengar setiap kata-kata itu. Aku nak berlalu pergi dan berpura-pura seolah-olah aku tak dengar apa-apa. Tapi. Susah. Sangat susah.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Rabu, 30 Julai 2014

[21] Serabut.

Assalamualaikum 

   Manusia itu pelik. Alienkah? Karakternya terlampau banyak. Termasuk aku. Mungkinkah aku alien. Heh. Taip-taip dan terus menaip.

   Gear otak dah terhenti. Jantung terasa sempit. Masalah mengikat aku? Puas? Itulah kehidupan. Marah. Patutkah aku marah? Ini semua ketentuan tuhan. Apa yang mampu aku nafikan.

   Sakit hati. Penyakit semua manusia. Baik buruk penyakit itu kita yang pilih. Tak mengira rupa. Tak mengira karakter. Semua ada penyakit itu. Kerana aku pernah jumpa. Dan... selalu diperguna dan ditipu mereka. Bukan semua begitu tetapi ... Yang tidak sudah pupus.

   Apa yang aku ingin katakan? Aku juga tak tahu. Terlampau banyak benda nak dibuat sampai aku serabut. Tenang hati dimana dicari? Oh...

Oh trial.... Oh exam... Oh SPM.

Oh pertandingan video... Oh pertandingan menulis... Oh pertandingan menyanyi.

   Mampukah aku? Hrmm... Itulah cari lagi masalah sampai diri dikepung. Argh.

   Tenang sekejap. Ingat pada dia. Ingat pada Dia.

   Selamat hari raya semua.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 14 Julai 2014

[20] Ceritera Si Dia

Assalamualaikum 

Ditto



   Dia. Pada waktu itu si dia dan gadis kecil itu berkawan mesra. Mereka masih kecil. Tak pernah tahu masa hadapan yang menanti. Suka duka dilalui bersama akan dikhabar oleh dia kepada keluarganya.

   Gadis kecil itu harus berpisah dengan dirinya! Meninggalkan dia bersama rindu yang menggunung. Namun dia tak pernah lupa pada gadis itu. Memori mereka bersama masih terpahat di dalam hati.

   Masa yang belalu menambah rindu. Rindu yang menyakitkan jiwa. Sukar untuk ditanggung tetapi tidak bisa untuk dilepaskan. Dari tahun ke tahun dia mencari gadis kecil itu. Menanti dengan setia. Menanti dengan rindu yang kuat.

   Dia mencari. Mencari gadis kecil itu namun tak pernah berjumpa. Mungkin hatinya sudah letih untuk menunggu. Tetapi rasa itu bagaikan sudah sebati di dalam dirinya. Biarkan dirinya terus mencari di dalam kabur.

   Setelah tujuh tahun berlalu, takdir telah mempertemukan diri mereka. Pertemuan yang tidak disangka. Tetapi harapan dirinya terhadap gadis itu terlampau tinggi. Akhirnya dia yang memendam rasa kerana gadis itu sudah melupakan dirinya.

***

   Kisah di atas ini merupakan kisah benar. Kisah yang diceritakan oleh cikgu bm aku kepada kami sekelas. Cerita yang mengingatkan aku dekat seseorang. Kawan lama aku.

    Sebenarnya anak cikgu bm aku ni berkawan dengan seorang budak perempuan. Budak tu pindah dari tadika waktu umur 6 tahun. Tapi anak cikgu aku ni cari-cari budak perempuan tu dekat fb, twitter dll tapi tak jumpa sampailah masuk tingkatan satu!

   Sekelas wei! Sekelas! Itulah kuasa Allah. Tapi endingnya macam yang aku tulis kat atas tadi. Sekarang mereka berdua dah tingkatan empat dan anak cikgu tu sampai sekarang tak berani tegur budak perempuan tu.

   Budak kelas aku dengan cikgu aku kata dia egois. Bagi aku sebab dia terlampau berharap nak jumpa budak perempuan tu dan akhirnya berjumpa. Jadi dia tak tahu nak mula macam mana. Kut?

   Cerita anak cikgu aku tu mengingatkan aku dekat kawan lama aku. Darjah satu berkenalan, darjah dua dia pindah. Sekarang sembilan tahun aku tak jumpa dia. Dan kalau boleh aku nak dia tahu yang aku masih ingatkan dia. Okay Ash? Hahaha.

   Aku harap anak cikgu bm aku berani sikit dan mulakan kawan yang baru dengan budak perempuan tu. Good luck!

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

[20] Memori 13 Ramadhan

Assalamualaikum 

   Ehem ehem dan ehem. Pada 13 Ramadhan yang lalu.... Chewah. Aku keluar rumah pukul tujuh suku nak pergi sekolah.

   Aku biasalah. Lalu dekat tempat biasa. Baru je nak seberang jalan ada motor ni lalu. Hah nak tau tak?

   Rupanya atas motor tu ada dua orang mamat. Motor tu tiba-tiba berhenti mengejut depan aku. Nasib baik aku terlambat jalan. Kalau aku terlajak. Huisy sure aku kena langgar punya. Hampeh betul. Dahlah pagi tu hari mak bapak ambik report card.

   Nak tahu apa jadi lepas tu?

   Mamat yang duduk bawak motor tu tengok aku dengan tersengih lebarnya. Aku dah rasa macam... Apa hal pulak?

   Gelak macam muka bajet....

Ditto
   Harapkan gigi je sama. =3= Kawan belakang dia yang pakai topi (aku tak nampak muka) gelak je. Grr....
Aku pulak dah buat muka macam.... Isk apahallah pulak dua ekor nih?

   Lepas tu, yang bawak motor tu pandang aku ... masih gelak-gelak dan cakap ...

   "He-ehhhh... ada budak ni nak pergi sekolahlah~" Dengan nada gediknya. Lepas tu dia buat u-turn motor dia. Blah. Blur~ Aku memang blur.

   Kalau boleh memang aku nak cakap....

    "Apalah... Tak pernah tengok orang pergi sekolah ke?"

   Isk. Isk. Isk.

Satu memori yang sepatutnya aku tak lupa. Hahaha. Rare habis. (bagi akulah.) Sekian.

Sayounara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 12 Julai 2014

[19] Yang Mana Satu?

Assalamualaikum 

Ditto

Klik     Klik     Klik
Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Khamis, 10 Julai 2014

[18] Betul ke?

Assalamualaikum 


What's the point of having a senior year 

without making a lot of memories with your 

friends and classmates ~



 Ditto
Ditto

Sekarang kita sekelas. Ibarat setangkai bunga dandelion. Tetapi apabila bertiupnya angin iaitu masa... Kita akan berpisah !

  Yeah~

   Aku baru baca ayat bahasa inggeris dekat atas tu dari twitter kawan kelas aku. Betul ke? Huh. Terasa jugak aku. (ayat merah atas ni aku reka untuk budak-budak kelas aku.)

   Yelah. Aku mana biasa sangat dengan budak-budak kelas aku.

   Aku seorang. Aku sendiri. Aku yang membosankan. Aku yang tak bersosial. Aku yang paling pendek... Apakah?

   Itu apa yang budak-budak kelas aku fikir tentang aku.

   Sampaikan anak buah sepupu aku yang sekelas dengan aku kata aku anti sosial. Heh. Memang betul. Bagi aku sosial aku bukan untuk pergi karoke... tengok wayang... lepak... dan bla bla bla bagi mereka yang bermaksud sosial.

   Asalkan aku seronok dengan hidup aku sekarang. Aku gembira. Aku tak bosan. Aku suka.

   Mereka mungkin tak sedar yang mereka semua ada dalam memori aku. Andai kata suatu hari mereka ada baca blog aku... Aku cuma nak bagi tahu yang...

Tiap-tiap tahun waktu cuti sekolah aku mesti mimpi korang semua. =3="

   Menakutkan betul. Aku tak rapat dengan budak-budak kelas aku tapi boleh mimpi pasal mereka. Aku rindu. Macam mana pulak kalau aku rapat? Isk.

   Tapi malangnya mereka tak tahu... Mungkin mereka akan fikir yang aku menipu. Tapi mereka tak sedar, mereka sentiasa ada dalam kelas yang sama dengan aku.

   Aku nampak kau. Bila kau buat lawak kau tak sedar aku gelak. Sebab kadang-kadang aku cuba sembunyi gelak aku. Bila kau kena marah, kadang-kadang aku juga rasa tempiasnya.

   Aku bukan sesiapa untuk mereka.

   Tahun ini tahun terakhir. Untuk... tengok gelagat... gossip...gelak.... gedik... muka.... ?

   Semenyampah macam manapun aku dekat mereka. Sebenci macam manapun aku dekat mereka. Tapi dah lima tahun kami belajar bersama. Yeah... Ada yang lebih dari itu.

   Tak apa. Sementara menunggu detik terakhir itu tiba... Aku akan terus melihat korang tau. Memori kita tak mungkin sama. Tapi apa yang pasti... Kalian ada dalam memori aku.

   Heh. Heh. Dan Heh.

 I'm sorry. Bila aku dengan korang karakter aku jadi lain. Mungkin kita tak ngam. :p


   Okay... Sampai Kak In pun kata aku macam tu. Hua hua hua. Sejujurnya kalau aku tahu nak meng-eks-pres-si-kan apa yang aku rasa. Heh. Mungkin sebab aku dah terbiasa sorang-sorang.

   Cikgu math akupun panggil aku Lone Ranger. Hahaha~

Klik    Klik     Klik
Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Rabu, 9 Julai 2014

Segmen:Nak Kad Raya Dari Asyu

Assalamualaikum 

   Kalau hari tu Kak Asyu buat Giveaway... Kali ni dia buat kad raya pulak!

   Macam mana ye rupa kad tu? Nak tau tak? Hah! Apa kata join ramai-ramai. Apa nak join? Haaa...

Klik sini^^

Mangsa di tag : Jenab dan Arslan

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Giveaway Simple-step by blog Rahsia Hati Huda

Assalamualaikum 


Jom promote ramai-ramai ^^
Hadiahpun menarik tau!
Sayonara, 


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014

Assalmualaikum 

Jom join! ^^



Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

[17] Cita-cita Yang Jauh...

Assalamualaikum 



 Ditto





   Cita-cita. Dari darjah satu cikgu selalu tanya. Apa cita-cita anda?

   Entah kenapa ya waktu itu aku mudah nak jawab. Tak seperti sekarang? Kalau sekarang ditanya, aku akan jawab... Tak tahu. Entahlah. Kenapa ya?

   Argh. Kadang-kadang rasa serabut. Cita-cita yang besar. Yang kecik. Tak tahu aku nak pilih. Kenapa ya? Mungkin sebab aku nak bersenang-lenang selamanya.

   Oh. Tapi aku masih sedar. Hidup bukan semudah itu. Jadi apa cita-cita aku? Adakah cita-cita aku akan jadi kenyataan. Bakal pekerjaan aku. Oh... Terseksa.

   Kelu. Terkedu.

   Ada orang bekerja sebab nak duit banyak. Tapi bukan semua ya. Aku? Kalau boleh aku nak kerja yang aku tak rasa bosan. Rileks. Haha. Adakah?

   Berkerut dahi aku berfikir... Selagi aku tak lepas ujian terakhir yang menanti akhir tahun nanti... Habislah aku. Tapi itu bukan pengakhirannya.

   Keajaiban. Semua boleh berlaku dalam sekelip mata.

   Jadi apa cita-cita aku? Argh. Tolong berhenti berfikir tentang itu. Selesaikan ujian terakhir tapi bukan pengakhiran itu baru berfikir tentang cita-cita kembali.

   Heisy. Ayat putaq alam sungguh.

Rupa-rupanya... Masih jauh lagi jalan aku ya?

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno

klik banner


**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 
**Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014





Tamat : 14 Julai @3pm



Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 7 Julai 2014

[16] Berapa lama kita nak beraya?

Assalamualaikum 



   Hohoho. Baru masuk hari ke ke 10 Ramadhan dah nak cakap pasal raya? Opkos. Kalau pergi ke Ong Tai Kim lagu raya dah main tau. Rasa macam nak tutup telinga je. Iyelah. Mood raya tak menyerap lagi.

   Bayangkan baru berapa hari kita berpuasa, lagu raya dah main. Kiranya dah ada mood raya selama sebulan. Nanti bila raya.... Nak beraya sebulan juga dengan alasan puasa sebulan!

   Gedebush.

   Gedebush.

   Aku rasa macam nak hempuk je kalau spesies manusia macam ni. Itu kiranya dah dua bulan beraya tau! Hahaha. Alasanlah tu.

   Ada budak sekolah aku, puasa baru hari ketiga dah nyanyi lagu raya. Eh? Nasib baik dia tak bertakbir  dalam kelas. Hisy.

   Bak ibu aku kata.... Orang dalam kubur baru je nak lepas dari siksa kubur. Tapi kita?

   Jadi. The moral of the story? Keep cool baby. Jangan terlampau excited nak beraya. Awal lagi ni beb. Peace yo! ^o<

Sayonara,



Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 15 Jun 2014

First Giveaway by Double D

Assalamualaikum 






   Wah sekali lagi aku nak join GA oleh Double D. Siapakah Double D? Adakah anak Lady D dalam Ujang? Erkkk... Jangan marah aaa?

   Ehem. buat pengetahuan korang. Double D ni ialah  seorang budak yang baru berumur 10 tahun. Comelkan...? Kecik-kecik lagi dah buat GA. Waktu aku dulu sure blur. Apa benda GA tu ek? Hehehe. Nama dia Delaila Delyana. Comel betul nama tu kan?

   Okey... Aku dah terlebih merapu. Ehem.

   Nak tau apa hadiahnya? Hadiahnya adalah~

Gambar edit by Double D ×2

Tag name edit by Double D ×2


Tag name by Aina Nabila ×3


Keyboard untuk Android by Ika Fauzi ×10


Gambar edit by Nurin Edlyna Elyn ×2


Sijil, id card dan edit gambar by Syahidatul Farhanah ×2


Tag name with kata-kata semangat by Double D ×3


Header untuk blog by Aina Nabila ×2


Tab menu untuk blog by Aina Nabila ×3


   Dan kalau ada lebih dari 20 orang yang join ada hadiah ekstra! Memang gempaklah~

Projek Memikat Suami

Teman Lelaki Upahan 


   Ahak... Macam aku ni peminat novel. Kalau boleh memang nak dapatlah. Kut-kut dapat sangkut satu. Alahai seronoknya~~~

   Jadi apa kata kita promote ramai-ramai pasal GA Double D ni. Kita bagi semangat kat budak ni. Ehehehe. Gambatte kepada Del yup!

   Hah berminat? Nak join? Boleh saje. Klik je nama Double D ni.

   Chow!

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 14 Jun 2014

[15] Akhirnya Aku.....!

Assalamualaikum 

   Pagi tadi dengan penuh bersemangat aku membuka internet semata-mata untuk mengetahui siapakah pemenang GA Kak Asyu.

WOW!

   Seperti tak percaya! Aku dapat nombor satu. Alalalahai~ Seronoknya aku tau. Menjerit aku. Terus panggil ibu aku. Hahaha. Baru pertama kali kut aku menang. Serius.

   Lepastu aku scroll ke bawah lagi. Tengok-tengok.... Wargghhhh geng lama aku. Jenab aka Sengal pun menang! Alalalahai~~ Sekali lagi aku menjerit panggil ibu aku. Hahaha teruk betul aku.




   Lepas aku komen dekat blog kak Asyu terus aku bukak blog si sengal ni. Aduh mak..... terharu den. Nak tau kenapa?

   Hah baca gambar kat bawah ni ha...


   Orang yang dimaksudkan tu akulah tu. Aduhai. Terharu aku. Thank you Jenab. I miss you! :p

   Ni link blog dia :- http://patrickcute97.blogspot.com/2014/06/first-giveaway-by-asyu-asyura.html

   Kepada pemenang yang lain tahniah ye. Kepada yang tak menang, lepas ni kalau Kak Asyu buat GA.... Jom join ramai-ramai! Hehehe.

   Kejap ni aku bukak balik blog Kak Asyu. Aku rasa komen aku je yang terlebih excited. Hahaha. Nak tau apa yang aku tulis?


   Alahai. Nampak sangat terlebih excited. Hehehe. Kepada yang tak dapat jangan sedih tau! Aku tahu macam mana rasanya bila kita nak tapi tak dapat...

   Jadi kepada Kak Asyu. Terima kasih sangat-sangat. Tak sabar rasanya nak tengok novel tu. Cepat-cepat buat GA kedua okay? Hihihi.

   Jenab. Terima kasih sebab buat dos kegembiraan aku meningkat hari ini. Arigatou Jenab aka Sengal. Dan Kak Ain sebab ucap tahniah kat FB. Huhuhu sampai hati dia nak mintak novel yang aku menang. Tak patut.

   Erk. Itu jelah yang aku nak sampaikan. Bye!

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Jumaat, 13 Jun 2014

[14] Dewa-19 - Sedang Ingin Bercinta

Assalamualaikum 

: Sedang  Ingin Bercinta :


Ditto


Setiap ada kamu mengapa jantungku
Berdetak lebih kencang
seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darahku
Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala
Setiap ada kamu otakku berfikir
Bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu

*Chorus
Aku sedang ingin bercinta karena
Mungkin ada kamu di sini aku ingin (2x)

Setiap ada kamu mengapa jantung ini
Berdetak lebih kencang

Seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darah ini
Mengalir lebih kencang dari hujung kaki ke hujung kepala

Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak
Berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang
Di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir
Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala


*Repeat chorus

= = = = =

   Lagu ni... Lagu faveret aku sebenarnya. Tapi ! Lagu feveret ni lah yang menyimpan kenangan semasam tempoyak masam. Huh. Nak tau apa ceritanya?

   Aku ingat lagi. Waktu aku tingkatan satu dulu, aku suka giler lagu ni. Satu hari waktu subjek sains. Aku terlupa nak bawak buku. Kat rumah aku dah terbiasa melalak kuat-kuat. Jadi entah macam mana waktu tu aku boring teramatlah sangat sampai aku ter'NYANYI' lagu ni. Jadi

   Tapikan yang aku musykil. Aku rasa aku nyanyi lagu tu pelan je. Entah macam mana ada budak lelaki kelas aku ni pergi jerit. Diulang lagi sekali.

   MENJERIT!

   Grrr.... Nak tahu dia jerit apa?

    "Woi siapa nyanyi tu hah?!" Eeeeiiii geramnya. Nasib baik cikgu sains aku tu baik. Kalau tak... Isk.

    Kat sini aku panggil mamat tu Mr. Bajet okay.

    Sekarang ni dah tingkatan lima. Aku dengan Mr. Bajet sekelas sampai tingkatan lima. Tahun ni entah macam mana dia boleh duduk kat belakang aku. 

   Isk geram giler aku kat Mr. Bajet ni. Nak tahu kenapa? Hari-hari dia dok karok nyanyi lagu orang puteh. Setiap hari.

   Huh. Sakit hati. Sakit telinga. Bila aku fikir balik, eleh dulu dia kata aku. Sekarang lagi teruk! :p

   Tapi sebenarnya... Aku nak aje suruh dia nyanyi lagu P. Ramlee. Hehehe entah dia tahu ke tak. Isk. Kalaulah aku berani suruh dia nyanyi lagu P. Ramlee. Hohoho.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

[13] Inilah Hidup?

Assalamualaikum 


Ditto


Hidup bukan senang seperti yang diimpikan.
Kerana hidup bukan impian yang sentiasa dipenuhi
cuma diilusikan oleh angan-angan
yang membuatkan kita lupa pada kenyataan
yang sentiasa menanti.

Hidup tak sentiasa dipenuhi gembira.
Tak juga dipenuhi duka.
Memaksa kita untuk tersenyum.
Memaksa kita menangis.
Itulah kehidupan.

Melangkah ke arah kehidupan
yang sentiasa akan kita tersenyum
tidak mungkin akan terjadi.
Kerana kita akan sentiasa bersikap hipokrit.

Ya, hipokrit.
Hipokrit kepada dua perkara.
Kepada orang di sekeliling kita.
Dan kepada diri kita sendiri.

Apa pilihan kita?
Melangkah dengan senyuman?
Atau melangkah dengan kemuraman?
Atau hanya bergantung kepada situasi?

Itulah kehidupan.
Yang penuh dengan persoalan.
Yang perlu kita mencari jawapan.
Agar tidak terus berteka-teki tentang kehidupan.

Hidup dicurah cuka menjadi duka. Hidup dicurah madu menjadi riang. Pasti? Huh.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Rabu, 11 Jun 2014

[12] Nota #1

Assalamualaikum 


Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 8 Jun 2014

[11] Kawan Palsu

Assalamualaikum 


Ditto


Kawan-kawan palsu
Ramai berada di sekelilingku
Mengepung aku
Mengurung aku
Sesak
Lemas 
Itulah rasanya
Aku tahu mereka bukan yang aku cari
Aku sedar tentang itu
Cuma aku masih belum berjumpa
Dengan
sahabat yang ditakdirkan.
Mungkin.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 7 Jun 2014

FIRST GIVEAWAY by ASYU ASYURA

Assalamualaikum 



Siapakah Asyu Asyura?

Dia seorang penulis.

Dia comel.

Dia baik.

Dia suka buat kelakar.

Pendek kata dia ni memang BEST!

Jadi sebagai memberi sokongan moral kepada cik Kak Asyu nih... Ku join jua GA ini biarpun ayatku tak gempak.

D' Note for Kak Asyu,

Oh Kak Asyu... Andai sudinya dirimu, Hadiahkanlah daku sebarang salah satu hadiah di atas. Bolehlah~ Hahaha... 

# Okay gurau jer...

Dan korang, korang dan hah! Kau yang baca entri ni
Jom join giveaway pertama Kak Asyu TOMEI ni?
Manalah tahu dapat sambutan nanti Kak Asyu buat GA part 2?
[Wah berharap!]

Jadi kepada peminat hadiah buku-buku ,
Jom join!
Untung belon terbang,
Untung kelapa.... Gedebuk!

Jom jom jom~

Oooppsss.... Lupa pulak aku nak promote hadiah-hadiah kepada insan-insan bertuah.

Jeng jeng jeng~

Apakah hadiahnya?

Hadiah-hadiah itu ialah......

1)Novel Masih Aku Sayang

2) Novel Dendam Ratu Ular (Ada sign penulis tau! Kiranya limited editionlah.)


3)Komik Nada Inchigo


4)Komik Kasih Tidak Berbalas


5)Best Entry/Blog review


Rasa-rasanya berkenan tak? Hah kalau berkenan join tau jangan tak join! Maksud aku berkenan kat hadiah tu. Tapi... Kalau ada orang yang berminat dekat cik kak ni pun boleh. Dipersilakan~ Peace Kak Asyu! Hahaha.
Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Khamis, 5 Jun 2014

Sayonara, Rindu !

Assalamualaikum 


Hello! Kenapa entri kali ni tak ada nombor? Sebab entri kali ini edisi special... kononnya. Cerpen. Yup cerpen special untuk Kak Asyu. Cerpen ni memang aku rasa lopek. Tapi! 70 persen kisah benar. Yang lain kelentong. Hahaha Kak Asyu jangan lupa komen !



                “Arghh... Bodoh! Bodoh! Bodoh! Kenapalah aku tak pernah terfikir langsung?!” Bentak Luq dengan berbisik. Penumbuknya menumbuk pehanya sendiri berkali-kali sejak tadi. Tiba-tiba bahunya disentuh lembut oleh seseorang.  

            “Mummy....” Rengek Luq dengan mulut yang sudah tercebik-cebik. Pandangan matanya juga sudah dikuyukan sehabis mungkin.

            “Yes Luq?” Mummy terus mengambil tempat duduk di sebelah Luq.

            “Isk bencilah dengan Mummy,” Luq terus mengubah pandangannya ke arah berlainan. Geram apabila Mummynya buat tak faham dengan kehendaknya.

            Mummy tertawa kecil. Puas hatinya apabila berjaya membuat anak lelakinya merajuk.

            “ Yes my cute big baby Luq. Hahaha. Dah besarpun nak merajuk?” Mummy akhiri ayatnya dengan tawanya sendiri.

            Tiba-tiba ada seorang gadis menyampuk perbualan mereka...

            “ Mummy. Luq tu bukan besar je. Dah tua dah pun. Cuba tengok jambang serabai macam laki mati bini,”Gadis itu terus menghilang di sebalik pintu selepas menjelir ke arah Luq. Sebenarnya gadis itulah adik Luq yang dipanggil Ira.

            “Amboi mulut kau Ira! Berani kau cakap macam tu dekat aku. Kau tak tau penantian itu suatu penyeksaan tau.” Jerit Luq dengan kuat. Tangannya terus meraba-raba dagunya.

            ‘Heh. Inilah lambang jejaka macho. Apalah ko Ira. Itupun tak tau.’ Bisik hati Luq sekadar untuk menyedapkan hati.

            “Luq... Luq! Hisy sempat lagi berangan dia ni...” Mummy mula membebel apabila Luq tidak memberi renspon apabila dia memanggil Luq.

            Luq terus berlalu ke pintu. Dia sempat memusingkan kepalanya melihat ke arah Mummy.

            “Mogok!” Ujarnya lalu menyambung langkahnya masuk ke bilik. Geram hatinya apabila Mummynya tidak membela dirinya apabila Ira memerlinya. Mummy tergeleng-geleng kepala apabila mengenangkan karenah anak-anaknya.

            “Dunia ni dah terbalik ke? Ataupun anak aku yang terbalik?” Mug berisi Nescafe dihirup perlahan oleh Mummy sambil melihat susasana petang yang mengasyikkan di kota Jakarta ini.

            Entah kenapa baru tiga hari berada di situ, Luq tiba-tiba nak balik ke Malaysia. Padahal dulu dia yang paling excited bila dapat bercuti ke Indonesia. Mummy hanya tersenyum sinis apabila terfikirkan sesuatu...

            ‘Penantian itu suatu penyeksaan.’Ayat Luq bagaikan terngiang-ngiang di telinga Mummy. Mug di pegangannya diletak semula ke atas meja.

            “Penantian itu suatu penyeksaan? Hrmm...”
____________________

            Buk!

            Luq terus menghempaskan dirinya di atas katil yang empuk. Matanya tajam melihat kipas yang berpusing. Tiba-tiba hatinya terasa sakit. Tangannya terus melekap ke dada.

            Yang pasti sakit di dadanya itu bukan sakit yang berbahaya. Tetapi suatu penyakit yang menyeksakan pesakitnya.

            “Budak kecik.” Bisiknya perlahan. Bantal kepala di sisinya ditekupkan ke mulut. Dia memejamkan matanya serapat-rapat yang mungkin.

            Yeah... Mungkin ini kerja bodoh. Tapi untuk menghilangkan penyeksaannya kini. Ahhh....

            “Budak kecikkkk.... I miss youuuuuuuu!!!!” Jeritan Luq tidak berapa jelas kerana mulutnya telah ditekup dengan bantal. Terus bantal kepala itu melayang ke mana setelah dicampak oleh Luq.

            Huf. Huf. Huf.

            “Adoiii... semput aku.” Luq merasakan jantungnya berdegup begitu kencang. Macam baru lepas kena kejar dengan anjing. Tiba-tiba bibir Luq terukir segaris senyuman.

            Angau.

            Ya, Luq sudah angau. Itulah penyakit yang paling parah yang sedang dihidapnya. Angau dengan seseorang yang dia tidak menyangka orang itu juga mempunyai perasaannya yang sama sepertinya. Budak kecik? Yes. Itulah orangnya.

            Laci kayu disisi katilnya ditarik perlahan. Luq mengeluarkan sepucuk surat. Sepucuk surat yang menjadi punca penyakitnya itu.

Kepada:
             Mat Jelly.

            Mula-mula sekali aku nak ucapkan tahniah dekat engkau result SPM kau. Aku tahu mesti kau dapat result  yang terbaekkkkkan? Tak payah kau bagi tahu aku sebab aku dulu hari dah tahu tau!

            Kalau kau tengah baca surat aku ni, maknanya kau tengah bercuti dekat Indonkan? Seronok tak bercuti kat sana? Dari awal tahun lagi kau dah kepoh kat satu kelas yang kau nak bercuti kat Indon. Ceh Indon je pun. Tapi betulkan kau baca surat ni yang sekarang kau ni kat Indon? Kalau kau tak pergi lagi Indon kau simpan dulu surat aku ni. Kalau tak aku cocok mata kau macam sate nak? Hahaha.

            Sebenarnya aku tak ada apa-apapun aku nak cakap dekat kau. Cuma aku nak cakap... Eh tulis ...yang kalau kau tak ada kat sini mesti boring. BORING GILER!!!  Nanti aku tak ada kawan nak gaduh-gaduh. Kau je kawan aku tau. Peace!

            Sekarang ni dah berapa ramai koleksi aweks kau dekat Indon? Ramai tak? Ada tak yang macho-macho? Nanti kau kenen kat aku tau. Hehehe. Aku gurau je.

            Luq tertawa kecil.

            “Budak kecik... Budak kecik... Kalau kau tak bagitaupun aku tahulah yang kau bergurau... Kalau tak... Siaplah kau!” Jelas nada cemburu di situ.

            Erm... Kau bercuti berapa lama kat sana? Lama ke? Aku saje je Tanya kat dalam surat ni sebab kalau aku tanya kau face to face sure kau bahan aku nantikan? Huh. :p

            Itulah je lah aku tulis. Lagi satu cuba kau pusing kertas ni ke belakang. Kau rasa kau ingat lagi tak? Hahaha. Surprise~

Adious Amigos n Sayonara!
Ash

            Kertas itu terus dipusingkan.

Aku sayang kau.

I love u.

Aishiteru.

Hadirnya dirimu

Bagaikan bintang yang menerangi malamku

Menghiasi gelapnya langitku

Aku pula hanya bayang-bayang gelap

Yang hilang apabila diterangi terang cahayamu

Akan aku sentiasa ingatkan dirimu

Kerana namamu telah terpahat di hati ini.

#Kenapa aku bagi tau kau? Sebab Ira kata kau syok kat aku kut. Hehehe betul ke?

            Surat itu dicium oleh Luq berkali-kali. Tangannya menyentuh gambar anime Ryoutsu yang ditampal oleh budak kecik di sudut surat itu.

            Baris kata di atas gambar Ryoutsu tak jemu membuatkan Luq tertawa sendiri.

Ini Luq. Bulu kening tebal seinci macam Ryoutsu. Tapi kenapa ramai minah lain kata kau macam Mario Maurer?

            Bulu kening tebal terangkat sebelah setiap kali membaca ayat itu bak Ziana Zain. Luq mengurut keningnya sendiri.

            “Dah kurniaan Illahi. Nak buat macam mana? Mario Maurer tu kan kiranya cousin aku tau budak kecik. Kau tak ingat ke yang aku ni ada keturunan Thailand?” Luq berbicara sendiri seolah-olah budak kecik berada di hadapannya.

            Surat itu dilipat kembali dan dimasukkan semula ke dalam sampul sebelum ditempatkan semula ke dalam laci. Luq merebahkan semula dirinya di atas katil.

            “Golek-goleh ah~ Golek-golek ih~ Golek-golek ah~ Golek-golek ih~” Sambil mengikut alunan lagu nada dering telefonnya, dia juga menggolekkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Sehinggalah....

Gedebuk!

            “Adoihhh... Sakitnya bontot aku...” Terus Luq mencapai telefon bimbitnya sambil tangan kirinya menggosok-gosok punggungnya.

            Tertera nama panggilan dari Daddy tertera di skrin telefon Luq.

            “Mushi mushi~” Luq cuba mengajuk seperti suara perempuan.

            “Assalamualaikum Luq. Banyaklah kau punya mushi-mushi. Nak pergi keluar makan tak malam ni?” Luq terus melompat kegembiraan. Tangannya dijulang angkat ke atas.

            “Waalaikumussalam. Of courselah nak. Bila?” Soal Luq.

            “Well next year? Hahaha...”Mulut Luq terus menyenget. Kegembiraannya terus direntap apabila mendengar lawak bodoh dari Daddynya.

            “Mushi-mushiiiii.... Hello Luq. Dah pengsan ke budak ni?”

            “Dahlah Daddy ni sama je macam Mummy. Heh!”

            “Alah gurau sikitpun tak boleh. Kita dinner malam ni.” Terus Luq tersengih lebar.

            “Kat mana?”

            “Kat rumahlah.” Mulut Luq terus membulat. Hekelleh.... Kat rumah pun nak kepoh ke?

            Terdengar tawa di hujung talian. Luq menggigit bibirnya sendiri. Geram.

            “By the way.... Kita akan ada tetamu malam ni. Jadi....”Luq Mengeluh. Dia sudah tahu siapa tetamu jemputan itu sebelum daddy memberitahunya.

            “Yes Daddy. I know. Mesti kawan business Daddykan?”Jelas nada kecewanya.

            “Yup. Bye Luq. Siap-siap tau.”Pesan Daddy sebelum menamatkan talian.

            Perasaan bosannya segera ditepis dan diganti dengan perasaan rindunya terhadap budak kecik. Tuala yang tergantung di ampaian terus dicapai lalu dibalutkan di kepalanya.

            Kakinya dikangkangkan dengan seluas-luas mungkin. Matanya dipejam rapat. Penumbuknya tangan kanannya digenggam erat. Penumbuk itu terus dirapatkan ke mulutnya.

My baby you

Are the reason I could fly

And cause of you

I don't have to wonder why

Baby You

There's no more just getting by

You're the reason I feel so alive

Though these words I sing are true

They still fail to capture you

As mere words can only do

How do I explain that smile

And how it turns my world around

Keeping my feet on the ground

            Setiap baris kata lirik Marc Anthony dinyanyikan semula oleh Luq dengan penuh perasaan. Bibirnya dihiasi senyuman yang manis. Lagu itu seolah-olah menggambarkan perasaannya. Hisy teruk betul kalau orang dah angau.

            Mulut Luq terus menyanyikan lagu itu sehinggalah dia masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
_____________________

            Kawan Business Daddy dah balik. Ahaaa... Inilah masanya!

            Luq menyendeng ke arah Mummynya. Ira yang asyik membelek majalah sempat menjelirkan lidah kepada Luq. Luq terus mengalihkan pandangannya ke arah Mummy.

            “Mummy.... Bila kita nak balik Malaysia?” Nada kegedikan Luq mula menjelma.

            Mummy memandang Daddy. Daddy memandang Ira. Ira yang kebingungan hanya menaikkan bahunya.

            “What?” Soal Ira.

            “Luq... Luq... Luq... Kenapa tak sabar sangat nak balik Malaysia?” Soal Mummy dengan pandangan yang mencurigakan. Tangannya juga disilangkan. Pandangannya tersirat sesuatu yang mencurigakan.

            Luq menyengetkan kepalanya.

            “Ala Mummy... Orang boringlah tengok cerita sinetron kat sini. Luq nak tengok artis Malaysia. Boringlah Mummy...”

            “Eleh alasan je tu...” Ira menyampuk.

            “Hish ko ni diamlah. Mulut nak kena salotape?”Ira terus mengeleng laju. Dia masih teringat Luq pernah mengejarnya kerana selalu menyampuk dan dia tidak mahu kejadian itu berulang lagi.

            “Alah Luq. Lagi tiga minggu je. Kejap je. Pejam celik pejam celik nanti tiga minggulah,” Ujar Daddy sambil tergelak besar.

            Luq terus membatukan diri. Matanya dikedipkan beberapa kali.

            “Daddy...”

            “Yes?”

            “Dah tiga minggu ke?” Soal Luq dengan nada yang sungguh polos. Mukanya dibuat seperti muka innoncent.

            Mummy terus mengetip bahu Luq. Semua gelakkan Luq yang mengaduh kesakitan.

            “Nama je dapat straight A’s. Tapi perangai... Fail!” Sekali lagi Luq ditertawakan.

            “Luq... Kan kita nak tunggu Aunty Rina balik sini. Kita tolong jaga rumah dia. Bila dia dah balik sini nanti barulah kita balik Malaysia, okey?”Luq mencebik.

            Heisy lambat lagi rupanya aku nak balik Malaysia. Luq mengeleng kecewa.

            “Kenapa Daddy tengok Luq macam orang frust je?” Pergh! Luq dapat rasakan jantungnya berdegup empat kali ganda lebih laju dari biasa. Dia dapat merasakan bahang panas terus naik ke kepalanya.

            “ Mana ada,” Luq menafikan ayat Daddynya.

            “ My baby you. Are the reason I could Fly... And cause of you...” Mulut Ira terus ditutup oleh Luq. Ira meronta-ronta minta dilepaskan.

            ‘Hisy mesti budak ni sekodeng aku petang tadi!’ Bisik hati Luq.

            “Hei Luq. Kenapa buat Ira macam tu?” Soal Mummy yang pelik dengan kelakuan Luq. Luq terus mengangkat kedua belah tangannya sebagai isyarat menyerah kalah.

            “Mana ada Luq buat apa-apa.”Ujar Luq seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sambil tersengih. Mummy dan Daddy hanya mengelengkan kepala.

            “Entah Luq ni. Aku mana ada cakap apa-apa. Aku nyanyi jer pun. Heh.”Ira berkata perlahan tapi masih boleh didengari oleh Mummy.

            “Cakap? Cakap apa?” Luq terus meraup mukanya. Ira pula terus menutup mulut dengan tapak tangannya sendiri. Luq berasa pelik. Kenapalah malam ni Mummy dengan Daddy dah macam detektif?

            Selama ini hanya Ira yang tahu perasaannya pada Ash. Hanya Ira juga tahu tentang surat itu. Tapi hati Luq juga berbisik bahawa Mummynya juga sudah mengesyaki tentang itu. Isk malulah. TST sudah.
_____________________

10 tahun lalu,

            Seorang budak perempuan berlari-lari kecil mendapatkan Danial. Dia mengeluarkan sepucuk surat dari poket baju pinaforenya dan diletakkan di atas telapak tangan Danial.

            “ Danial. Tolong bagi surat ni dekat Luq. Ada budak lain bagi. Aku nak pergi tandas ni.” Ujar budak perempuan itu lalu terus berlari ke tandas yang tidak jauh dari situ.

            “Oh. Okey.”

            Danial terus membelek-belek sampul surat kecil itu. Danial menghidu-hidu surat itu. Wangi.

            “Sah. Ni mesti surat cinta. Luq... Luq... Dahsyat betul engkau. Nak bukak ke tak? Nak bukak ke tak?”Danial menggaru-garu kepalanya. Hati kecilnya menyuruh dia membuka surat itu dan membaca isi surat itu. Tapi.... Argh tunggu Ash keluar dari tandaslah.

            Pap.

            “Oi Luq. Kau ni memang suka buat aku terkejutkan.”Marah Danial kepada Luq. Luq tersengih-sengih.

            “Dari tadi aku tengok kau tengok tandas budak perempuan. Lepas tu pegang surat.... Heeeee......” Luq bercekak pinggang.

            “Surat cinta ek? Tak sangka aku kau boleh dapat surat...” Danial terus menayangkan surat itu di hadapan muka Luq.

Kepada: Luq J

            “Sekarang kau cakap... Surat ni untuk siapa.” Danial terus gelak terbahak-bahak bila  Luq terus merampas surat itu dari tangannya.  Tangannya dipaut pada tengkuk Luq tetapi terus ditolak oleh Luq.

            “So sweet.” Sekali lagi Danial tergelak besar.

            “Syuh-syuh. Aku nak baca surat ni. Blahlah kau.”Marah Luq.

            “ Ok. Luq tadi surat tu Ash bagi dekat aku. Lepas tu dia pergi tandas. Dia kata ada orang lain bagi. Ntah-ntah dia tak?” Ujar Danial sambil memandang Luq dengan pandangan yang mencurigakan. Kemudian dia terus berlari meninggalkan Luq.

            “Ash? Takkanlah.” Luq membelek-belek surat itu.

            “Kejap. Ni bukan tulisan Ash. Pasti! Tulisan Ash buruk giler. Bila masa pulak tulisan dia jadi cantik. Hahaha.”Bahagian tepi surat itu terus dikoyakkan.

            Luq membaca baris ayat di dalam surat itu. Pendek sahaja. Tapi ayat itu membuatkan dia tergelak besar.

Aku sayang kau.

I love u.

Aishiteru.

Hadirnya dirimu

Bagaikan bintang yang menerangi malamku

Menghiasi gelapnya langitku

Aku pula hanya bayang-bayang gelap

Yang hilang apabila diterangi terang cahayamu

Akan aku sentiasa ingatkan dirimu

Kerana namamu telah terpahat di hati ini.

Peminat rahsia

            “ Siapalah peminat rahsia aku ni?” Luq menggosok-gosok dagunya. Luq ternampak Ash keluar dari tandas dan datang menghampirinya. Surat itu segera dimasukkan ke dalam poket.

            “Surat tadi tu tulis apa?” Soal Ash. Luq mengelengkan kepala.

            “Surat lawak.”

            “Surat lawak?” Ash mengerutkan dahinya. Luq menganggukkan kepalanya. Bibir kecilnya tersengih lebar.

            “ Nak tengok.”

            “Tak boleh.”

            “Kenapa?” Ash masih tidak berpuas hati dengan tingkah Luq.

            “Sebab... Sebab... Hah. Sebab surat ni untuk aku. Bukan untuk kau.” Luq terus berlari dan Ash mengejarnya. Luq berhenti di tong sampah.

            Tangannya terus mengeluarkan surat cinta itu dari poket seluarnya dan mengoyaknya. Luq terus tersenyum puas.

            “Kenapa kau koyak?”

            “Sebab aku tak nak kau atau siapa-siapa baca.” Luq berkata bersahaja sambil mengatur langkah ke kantin.

            “Oh...” Langkah Ash terus terhenti. Luq memandang Ash dan menunggu dia menghabiskan ayatnya.

            “ Okey. Bye aku nak pergi ke tandas kejap. Kau pergilah dulu.”Ujar Ash terus meninggalkan Luq.

            Pelik.

            “Bukan tadi dia baru pergi tandas ke? Musykil musykil...” Luq terus mengatur langkahnya ke kantin yang telah terhenti sambil menggook-gosok dagunya.

            Sementara Ash di tandas...

            ‘Sampai hati... Sampai hati kau koyak surat aku, Luq.’ Mata Ash mula berkaca. Dia terus membasuh mukanya dengan air. Betapa sakitnya hati dia bila dia melihat Luq mengoyak surat yang ditulisnya hingga menjadi cebisan-cebisan kecil di hadapannya. Kemudian Ash mengeleng-ngelengkan kepalanya.

            ‘Tak. Luq tak jahat. Aku yang bodoh. Kenapalah aku tulis surat itu?’Ash menggengam penumbuknya. Dia masih ingat. Dia curi-curi tulis surat cinta itu selepas emak dan bapanya tidur. Mujur dia sudah mengagak segala kemungkinan yang akan berlaku.

            Sebab itulah Ash menukar bentuk tulisannya berlainan dari tulisan kebiasaannya. Sekali lagi Ash membasuh mukanya dengan air.

            “ Sekurang-kurangnya dia tak tahu siapa yang tulis surat tu. Nasib baik aku tak tulis nama aku.” Ash tertawa kecil sebelum meninggalkan tandas. Dia mengetawakan kebodohan dirinya sendiri.

            Luq melihat Ash melangkah ke arahnya dengan sebungkus nugget di tangannya. Seperti biasa Ash akan rehat bersama-sama dengan Luq dan Ira yang ketika itu baru darjah satu.

            Luq menjeling ke arah Ash yang duduk di sebelahnya yang mengunyah nugget seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Luq melihat Ira dan Ash berbual seperti biasa.

            Seperti biasa!

            ‘Dia ni tak jelous ke aku dapat surat tu?’Sekali lagi Luq menjeling Ash sebelum menyambung kunyahan roti yang dibelinya tadi.

            ‘Ash... Aku tak nak bagi kau baca surat tu sebab aku tak nak bagi kau sedih. Aku...’Luq melihat nugget Ash sudah tinggal lagi seketul. Sedangkan roti di tangannya masih berbaki lebih dari separuh.

            ‘Ash... Aku suka kau ke?’ Bisik hati Luq sendiri.
______________________

            Luq meletakkan tangannya di atas kepala. Bilah kipas yang berpusing laju masih tidak dapat menyejukkan tubuh Luq.

            “Tinggal lagi dua hari jer Luq. Sabar Luq.” Luq tersenyum sendiri. Hatinya gembira. Sangat gembira sebab dia akan pulang semula ke Malaysia lagi dua hari. Tapi dia juga dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Kenapa?
______________________

            “Yo Mat Jelly!” Suara yang dirindui Luq membuatkan kepala Luq terus terangkat. Namun tidak lama. Luq terus memuncungkan mulutnya dan memandang ke luar tingkap. Kerusi di hadapan Luq ditarik  dan dipusingkan ke arah Luq.

            “Alamak.... Dasar kau ni Mat Jellylah. Cepat sangat merajuk. Kalah aku. Aku jugaklah yang kena pujuk kau . Nah denda aku sebab buat kau merajuk.” Ash menghulurkan aiskrim Cornetto kepada Luq. Luq mengecilkan matanya.

            Tangannya pantas mencapai aiskrim di tangan Ash. Terus Ash tersenyum lebar. Senyuman yang membuatkan hati Luq berdebar kencang.

            “Kenapa kau lambat? Lama aku tunggu tau!” Soal Luq dengan nada merajuk sambil menjilat aiskrim.

            “Saja.”Bulat mata Luq mendengar jawapan yang keluar dari bibir Ash.

            ‘Sabar Luq. Dia nak test kau je.’Luq cuba menyabarkan hatinya.

            Mata Luq menjeling ke arah Ash yang sedang menongkat dagu melihat dirinya. Seragam sekolah menengah yang tersarung di tubuh Ash membuatkan diri Ash kelihatan lebih kecil. Entah kenapa.

            “Woi budak kecik. Mana aiskrim kau? Kenapa kau tak makan?” Soal Luq setelah menyedari Ash tidak makan aiskrim.

            “Saja.” Luq mengerutkan dahinya. 

            Kenapa budak kecik ni lain macam je?

            Ash tiba-tiba terus berdiri. Tiba-tiba dia menggosok-gosok rambut dan mencuit hidung Luq.

            “Eh?”Ash hanya tersenyum. Dia melangkah menuju ke pintu kelas.

            “Bye.”Ujar Ash sambil melambai ke arah Luq. Luq masih membisu.

            “I  love you.”Terus Ash membuat flying kiss kepadanya.Mata Luq terkebil-kebil melihat kelibat Ash yang berlalu pergi.

            Luq menyentuh rambut dan hidungnya.

            ‘Dia... Dia suka aku ke?’ Muka Luq terus memerah.

            ‘Tapi...’Luq memegang dagunya. Mukanya jelas dengan kehairanan.

            “Kenapa dia pegang aku?Aku bukan mahram dia.” Tanpa sedar, Luq terus menampar mukanya sendiri.

            “Ouch. Hehehe...” Luq tergelak sendiri. Tiba-tiba ada benda sejuk di atas seluarnya. Mata Luq terus membulat.

            “Makkkk ... Aiskrim aku dah cairrrr!”

            Dush.

            “Apa aiskrim-aiskrim hah? Banyaklah kau punya aiskrim. Air liur yang meleleh. Tak malu.”Marah Ira.

            “Astaghfirullah” Mimpi rupanya Luq. Alahai....

            Mummy dan Daddy terus menggelakkan Luq.  Kali ini Luq juga ikut ketawa.

            “Eleh mimpi pasal aiskrimpun nak gelak ke?”Soal Ira. Tak pernah abang dia gelak kalau kena gelak. Merajuk lagi adalah.

            Luq menjeling ke arah Ira.

            “Kau jeles apahal?”Ira hanya mencebikkan mulut mendengar ayat yang dikatakan Luq.

            ‘I love you.’

            ‘I love you.’

            ‘I love you.’

            Luq menongkat dagu di tepi cermin tingkap kereta. Dia melihat banyak kereta bergerak di atas jalan raya apabila lampu isyarat bertukar ke warna hijau. Ya, kini dia sudah pulang ke Malaysia.

            ‘Ash. Kau memang buat aku angau. Itu kau baru cakap dalam mimpi. Kalau aku dapat dengar kau cakap....’ Sekali lagi Luq tersenyum sendiri. Namun senyum itu tidak lama. Dahinya pula berkerut.

            ‘Ehhh.... Tak logik betul mimpi aku tadi. Kan kita orang dah habis sekolah. Apalah aku ni...’ Terus Luq menepuk dahinya sendiri.
________________________

            “Takkanlah...” Ujar Luq hampir menjerit. Dia tak percaya. Tak percaya!

            “Luq sabar Luq... Sabar.”Pujuk Mummy sambil memeluk Luq. Mummy dapat rasakan suhu tubuh Luq berasa benar-benar panas. Ira pula hampir menangis apabila mendapat tahu Ash kemalangan dan sedang koma.

            “Mak cik tahu Luq kawan baik Ash. Luq... Ira... Tolong doakan Ash ya.”Pinta Mak Ash. Mummy mengangguk lalu menyentuh bahu Mak Ash sebagai tanda simpati atas kejadian yang telah terjadi kepada Ash. Ira memeluk Luq.

            Mereka masih tidak percaya. Ibarat bermimpi. Luq mengetuk rumah Mak Ash tetapi tiada jawapan. Tiba-tiba Mak Ash berada di belakang mereka dan memberitahu mereka Ash sedang koma.

            Daddy pula sedang berbincang sesuatu dengan ayah Ash. Kelihatan Daddy sesekali menganggukkan kepalanya.

            “Tadi...”Semua memandang ke arah Luq.

            “Luq mimpi Luq jumpa Ash.” Luq terdiam seketika sebelum menyambung katanya.

            “Dia pujuk Luq.”Air mata mak Ash sudah tidak tertahan apabila mendengar ayat Luq itu.

            “Dia...” Tangisan Ira yang semakin kuat menghentikan kata-kata Luq.

            Mak Ash menghampiri Luq dan Ira. Dia memeluk kedua-dua insan itu dengan seerat mungkin.

            “Malam ni korang rehat dekat rumah. Besok kalau Luq dengan Ira sudi, jenguklah Ash dekat hospital ya.” Ira menganggukkan kepalanya.

            Luq memandang ke arah ayah Ash.

            “Macam mana Ash boleh kemalangan?” Soal Luq. Dia ingin tahu. Kenapa? Kenapa Ash boleh kemalangan.

            Namun, belum sempat ayah Ash berkata, kedengaran suara azan dari masjid berdekatan.

            “Balik dulu. Lepas Isyak nanti baru pakcik cerita.”Ayah Ash berkata.
_____________________

            “Ash.” Luq rasa tidak sanggup melihat wajah Ash yang lebam-lebam. Ingin sekali dia menyentuh wajah itu namun dia masih tahu batas mereka.

            “Luq.”Mata Luq terus memandang ke arah Ira.

            “Jom kita cari hadiah yang Kak Ash nak bagi tu?” Ajak Ira. Dia masih ingat kata-kata mak Ash malam tadi.

            “Dia kemalangan sebab dia kena ragut. Dia sebenarnya baru lepas belikan hadiah untuk Luq. Lepas dia beli hadiah tu terus dia bagi tahu kat makcik. Dua hari sebelum tu sebenarnya Ash demam teruk. Tapi semalam tak tahulah kenapa dia degil sangat nak carik hadiah untuk Luq.” Terus wajah Luq berubah mendengar kata-kata Mak Ash. Hatinya terasa sangat sakit.

            “Tapi kami tak salahkan Luq.”Sambung mak Ash. Ayah Ash menganggukkan kepalanya.

            “Jadi Luq jangan rasa bersalah. Tolong jangan salahkan diri Luq.” 

            “Luq?” Ira memegang tangan Luq. Luq terus tersentak.

            “Jom cari?” Ajak Ira sekali-lagi.

            “Mesti Kak Ash kecewa bila dia tahu hadiah dia bagi hilang,kan?”Pujuk Ira. Pantas Luq mengangkat mukanya.

            Ya, dia tak mahu menghampakan Ash lagi. Cukuplah dulu dia pernah mengooyakkan surat pemberian Ash dulu.

            Luq memandang Mummy, Daddy, mak Ash dan ayah Ash bergilir-gilir. Mereka semua mengangguk sebagai isyarat bersetuju. Luq sempat menjenguk Ash sebelum meninggalkan kawasan hospital.
________________________

            “Argh... Mana hadiah tu? Luq rasa hadiah tu ada lagi ke kat sini?”Ujar Ira sambil mengelap peluh di dahi. Matahari sudah naik meninggi. Sudah berejam Luq dan Ira mencari hadiah Ash, tapi masih tak jumpa.

            Luq melangkah perlahan ke sebatang pokok yang rendang dan duduk berteduh di situ. Dia memejamkan matanya dan cuba membayangkan kejadian ragut yang menyebabkan Ash koma.

            Tanpa sedar dia menyebut nama itu. Di dalam hatinya dia berdoa supaya dia jumpa hadiah pemberian Ash. Tiba-tiba bagaikan ada bayangan imej yang dapat dilihatnya.

            Luq terus berdiri dan menyambung pencariannya semula. Ira juga menyambung semula mencari hadiah itu.

            “Ira. Sini aku dah jumpa.” Jerit Luq. Ira terus berlari ke arah Luq. Bulat matanya melihat bungkusan plastik di tangan Luq. Tangan luq mengeluarkan objek di dalam plastik itu.

            Baju.

            “Pink?”Luq seolah-olah tak percaya. Warna pink bukan warna kegemarannya. Badan Ira sudah bergerak-gerak akibat menahan ketawa.

            Mata Luq tajam menjeling Ira.

            “Kalau nak gelak tu gelak ajelah.” Muncung Luq sudah kedepan.

            “Dia nak test aku ni... Sebagai anak jantan, dugaan ini tersangatlah kacang.”Sambung Luq sambil ketawa. Ira juga mengeleng-ngeleng kepala melihat abangnya yang gembira mendapat pemberian dari Ash. Baju itu dikucup berkali-kali oleh Luq.

            “Mana tau hadiah tu dari Kak Ash?”Soal Ira. Tangan Luq menunjuk sehelai resit. Tarikh Ash kemalangan. Ira mengangguk berpuas hati.

            Mereka terus ke motor dan pergi ke hospital semula.

            Pencarian sudah tamat.
___________________

Dua minggu.

            Dua minggu Ash koma.

            Dua minggu itu, setiap hari Luq akan pergi ke hospital.

            Melawat Ash.

            Melihat wajah Ash.

            Hati Luq sakit setiap kali melihat mata Ash terpejam setiap kali dia melawatnya.

            “Budak kecik. Cepat bangun. Kalau tak bangun aku carik makwe lain. Melepaslah kau tak dapat nak tengok kening Ryoutsu aku ni.” Bisik Luq di tepi telinga Ash.

            “Yuhuu... Hari ni hari jadi aku. Aku nak kau bagi aku katak macam tahun lepas. Hehee.”

            Ash masih diam. Koma.

            “Budak kecik. Sampai hati kau bagi aku baju warna pink. Kau tau aku tak suka kan? Kau ni saje je.” Luq mengulum senyum.

            “I love you Ash.” Luq tersengih sendiri.

            “Lepas ni aku nak kau bangun dan kau kena cakap I love you kat aku jugak. Hahaha.”

            “Ash. Bangun tau. Kita orang semua ada kat sini. Kita orang tunggu kau. Aku tunggu kau.”

            “Luq.”Terus Luq memandang ke arah Ira di belakangnya.

            “Mummy ngan Daddy datang kejap lagi. Mak ayah Kak Ash tak dapat datang hari ni sebab ayah Kak Ash demam.”Luq hanya mengangguk mendengar kata-kata Ira.

            “Luq. Happy birthday.”Luq hanya memberi senyuman tawar mendengar ucapan itu dari Ira.

             Apalah ertinya dia menyambut hari lahirnya sedangkan ada orang kesayangannya sedang terlantar koma.

            Suasana kembali sepi. Jam di wad baru pukul tiga petang. Luq mengeliat kecil. Sudah sejam dia di situ menemani Ash rupanya. Ira pula asyik membelek majalah yang baru dibelinya sambil duduk di sebelah katil Ash.

            “Luq...”Mata Luq dan Ira terus memandang Ash lalu tersenyum. Akhirnya!


Erm... Klise ke? Jika ya... Harap maaf. Peace!

Sayonara,



Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪