Memaparkan catatan dengan label #monolog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #monolog. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Ogos 2014

Pabila berBLOG...

Assalamualaikum 




   Nak menulis dalam blog kena ada tujuan ke? Ya. Bagi aku semua pemblogger ada tujuan tersendiri. Tapi macam aku buat dulu baru fikir tujuan. Harapnya tak ramai yang jenis macam aku.

   Bila aku belek balik blog aku. 'Imbas kembali' blog aku yang lama-lama buat aku terfikir. Apa tujuan aku ada blog? Yang tak ada tujuanpun sebenarnya kena ada cipta tujuannya sendiri. Kalau tak, itu yang blog terbiar ketandusan- macam akulah tu...

   [Buat masa sekaranglah...] Tujuan aku nak berBLOG ialah :


  • Nak cari kawan yang sama umur.
  • Tambah kawan baru.
  • Tulis apa yang nak tulis tentang kehidupan aku. (walaupun aku terpaksa berfikir banyak kali sebelum tulis. Hahaha)
  • Nak kongsi lukisan. (tak ter... buat lagi)
  • Nak kongsi cerpen atau nukilan. (tak der...idea lagi)
  • Nak kongsi info. (tak ter...cari lagi)
  • Nak kongsi pendapat aku. 
  • Nak jadi femes... kononnya~
  • Banyak lagi yang tak terfikir sekarang ni!

   Harapnya yang mana baca entri kali ini akan menetapkan misi dan visi untuk berblog termasuk aku juga. Ehem. Aku ni sebagai sebagai penulis alam maya, rasa macam tahu je kenapa ramai orang suka tulis blog separuh jalan. 

  Antara sebabnya ialah tak ramai follower, tak ramai baca entri blog dan tak ada yang sudi komen. Wow... Lek arr. Cara aku kacang je. Kita cuma perlu berfikir . Kita menulis untuk siapa? kenapa? Dan kerana...? Fill in the blank-

   Cara bahasa yang kita tulis. Jenis aku ni hentam keromo. Ikut mood bila menulis. Kejap bahasa rojak. Kejap bahasa baku. Yang penting bagi aku sebagai tuan punya blog itu terpulang kepada kita sendiri. Jangan terlampau berpegang sangat pada prinsip, asal kita selesa dengan cara kita. Cuma yang aku tak berasa nak suka bahasa planet neila. Hahaha bahasa apalah tu.

   Jadi sama-samalah kita menggunakan blog dengan cara dan gaya yang kita suka. Asal tidak terlebih over sangat. Yieha~ Blog kita gaya kita! Hahaha.

   Ekstra :

Selepas ini tiada lagi entri bernombor kerana big boss blog ini malas nak check entri dia tulis sudah ke berapa...

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 3 Ogos 2014

[22] Biar Aku Jadi Diri Sendiri

Assalamualaikum ☁ 

   Dalam hidup ini, aku dah berjumpa dengan ramai jenis manusia. Hipokrit. Dengki. Talam dua muka. Menyakitkan hati. Aku tak tahu kenapa aku selalu berjumpa dengan manusia sebegini. Mungkin kerana tuhan ingin menunjukkan kepada aku bahawa inilah kehidupan? Aku juga tahu bahawa masih banyak lagi jenis manusia yang aku belum berjumpa.

   Aku bukan jenis pendiam. Tapi aku bukan jenis riuh sekampung. Kadang-kadang aku rasa macam aku ada split personality? Heh. Secara automatik bila aku berjumpa dengan jenis manusia yang berbeza, karakter aku akan berubah. Aku masih manusiakan?

   Aku paling tak tahan dengan orang yang menyakitkan hati. Aku tak reti nak marah dekat orang jenis macam ni. Silap-silap aku terus mengamuk nanti. Aku selalu terfikir setiap kali aku bermonolog dalaman, kalaulah mereka tahu apa yang tersirat dalam hati aku. Hahaha. Bahaya kalau jadi orang yang pemendam. Tapi aku bukan jenis pemendam sangat. Cuma aku tak dapat nak luahkan semua yang aku nak cakap. Tapi... Aku juga berfikir bertapa teruknya diri aku sekarang (kalau aku sudah berada di masa depan).

   Lagi satu jenis manusia yang aku harus jauhi demi kesihatan fizikal dan mental aku... Jenis manusia yang sentiasa nak kutuk semua benda yang aku buat dan semua yang dia buat betul. Kita sebagai manusia... Adatlah kalau kita nak complain. Tapi janganlah sampai aku cakap macam ni, dia cakap macam tu. Apa aku boleh buat. Simpan geram dalam hati. Pergi jauh-jauh.

   Ibu aku pernah cakap. Arwah atok aku kata lagi baik kita kawan dengan buku. Aku fikir mungkin ada betulnya. Berkawan dengan manusia, oh... manusia tak sempurna dan aku tahu fakta itu. Cuma sekurang-kurangnya aku nak berkawan dengan orang yang boleh buat aku selesa dan seronok dengannya. Bukan kawan yang sempurna. Heh.

   Bila aku bengang giler... Salah satu benda yang aku buat ialah tengok langit. Bayangkan. Awan putih yang coraknya tidak statik. Sentiasa bergerak bila angin bertiup. Aku selalu cuba tahan mata aku supaya tak berkedip dan ikut arah awan yang bergerak. Sangat cantik. Tengok langit lebih menenangkan aku.

   Aku rasa semua orang tahu imaginasi bukan sesuatu yang logik. Salah satu benda yang aku selalu bayangkan ialah wujudnya sebuah dunia yang tiada sesiapa di situ. Aku bebas dekat situ. Dan aku boleh balik ke dunia sebenar bila-bila masa yang aku nak. Oh... Stop! Aku memang tahu itu tak akan pernah boleh berlaku. Sebab itu hanya imaginasi aku.

   Hati aku selalu menjerit aku nak jadi diri sendiri. Dan... aku selalu soal diri aku balik. Selama ni aku bukan diri sendiri ke? Ya... aku memang aku. Cuma ada satu benda yang meganggu aku. Kata-kata. Kata-kata orang yang tak sependapat aku dan asyik mendengarkan aku dengan pendapat mereka DAN ayat yang sama daripada orang yang berbeza. Huh. Pemikiran yang 'sama'.

   Aku tak tahu apa yang sepatutnya aku berharap. Aku hanya nak jerit kepada mereka dan berkata semua orang ada cita rasa. Hentikan percakapan yang berulang. Walaupun mereka bukan cakap dekat aku... Tapi aku boleh dengar setiap kata-kata itu. Aku nak berlalu pergi dan berpura-pura seolah-olah aku tak dengar apa-apa. Tapi. Susah. Sangat susah.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Rabu, 30 Julai 2014

[21] Serabut.

Assalamualaikum 

   Manusia itu pelik. Alienkah? Karakternya terlampau banyak. Termasuk aku. Mungkinkah aku alien. Heh. Taip-taip dan terus menaip.

   Gear otak dah terhenti. Jantung terasa sempit. Masalah mengikat aku? Puas? Itulah kehidupan. Marah. Patutkah aku marah? Ini semua ketentuan tuhan. Apa yang mampu aku nafikan.

   Sakit hati. Penyakit semua manusia. Baik buruk penyakit itu kita yang pilih. Tak mengira rupa. Tak mengira karakter. Semua ada penyakit itu. Kerana aku pernah jumpa. Dan... selalu diperguna dan ditipu mereka. Bukan semua begitu tetapi ... Yang tidak sudah pupus.

   Apa yang aku ingin katakan? Aku juga tak tahu. Terlampau banyak benda nak dibuat sampai aku serabut. Tenang hati dimana dicari? Oh...

Oh trial.... Oh exam... Oh SPM.

Oh pertandingan video... Oh pertandingan menulis... Oh pertandingan menyanyi.

   Mampukah aku? Hrmm... Itulah cari lagi masalah sampai diri dikepung. Argh.

   Tenang sekejap. Ingat pada dia. Ingat pada Dia.

   Selamat hari raya semua.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 14 Julai 2014

[20] Ceritera Si Dia

Assalamualaikum 

Ditto



   Dia. Pada waktu itu si dia dan gadis kecil itu berkawan mesra. Mereka masih kecil. Tak pernah tahu masa hadapan yang menanti. Suka duka dilalui bersama akan dikhabar oleh dia kepada keluarganya.

   Gadis kecil itu harus berpisah dengan dirinya! Meninggalkan dia bersama rindu yang menggunung. Namun dia tak pernah lupa pada gadis itu. Memori mereka bersama masih terpahat di dalam hati.

   Masa yang belalu menambah rindu. Rindu yang menyakitkan jiwa. Sukar untuk ditanggung tetapi tidak bisa untuk dilepaskan. Dari tahun ke tahun dia mencari gadis kecil itu. Menanti dengan setia. Menanti dengan rindu yang kuat.

   Dia mencari. Mencari gadis kecil itu namun tak pernah berjumpa. Mungkin hatinya sudah letih untuk menunggu. Tetapi rasa itu bagaikan sudah sebati di dalam dirinya. Biarkan dirinya terus mencari di dalam kabur.

   Setelah tujuh tahun berlalu, takdir telah mempertemukan diri mereka. Pertemuan yang tidak disangka. Tetapi harapan dirinya terhadap gadis itu terlampau tinggi. Akhirnya dia yang memendam rasa kerana gadis itu sudah melupakan dirinya.

***

   Kisah di atas ini merupakan kisah benar. Kisah yang diceritakan oleh cikgu bm aku kepada kami sekelas. Cerita yang mengingatkan aku dekat seseorang. Kawan lama aku.

    Sebenarnya anak cikgu bm aku ni berkawan dengan seorang budak perempuan. Budak tu pindah dari tadika waktu umur 6 tahun. Tapi anak cikgu aku ni cari-cari budak perempuan tu dekat fb, twitter dll tapi tak jumpa sampailah masuk tingkatan satu!

   Sekelas wei! Sekelas! Itulah kuasa Allah. Tapi endingnya macam yang aku tulis kat atas tadi. Sekarang mereka berdua dah tingkatan empat dan anak cikgu tu sampai sekarang tak berani tegur budak perempuan tu.

   Budak kelas aku dengan cikgu aku kata dia egois. Bagi aku sebab dia terlampau berharap nak jumpa budak perempuan tu dan akhirnya berjumpa. Jadi dia tak tahu nak mula macam mana. Kut?

   Cerita anak cikgu aku tu mengingatkan aku dekat kawan lama aku. Darjah satu berkenalan, darjah dua dia pindah. Sekarang sembilan tahun aku tak jumpa dia. Dan kalau boleh aku nak dia tahu yang aku masih ingatkan dia. Okay Ash? Hahaha.

   Aku harap anak cikgu bm aku berani sikit dan mulakan kawan yang baru dengan budak perempuan tu. Good luck!

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Rabu, 9 Julai 2014

[17] Cita-cita Yang Jauh...

Assalamualaikum 



 Ditto





   Cita-cita. Dari darjah satu cikgu selalu tanya. Apa cita-cita anda?

   Entah kenapa ya waktu itu aku mudah nak jawab. Tak seperti sekarang? Kalau sekarang ditanya, aku akan jawab... Tak tahu. Entahlah. Kenapa ya?

   Argh. Kadang-kadang rasa serabut. Cita-cita yang besar. Yang kecik. Tak tahu aku nak pilih. Kenapa ya? Mungkin sebab aku nak bersenang-lenang selamanya.

   Oh. Tapi aku masih sedar. Hidup bukan semudah itu. Jadi apa cita-cita aku? Adakah cita-cita aku akan jadi kenyataan. Bakal pekerjaan aku. Oh... Terseksa.

   Kelu. Terkedu.

   Ada orang bekerja sebab nak duit banyak. Tapi bukan semua ya. Aku? Kalau boleh aku nak kerja yang aku tak rasa bosan. Rileks. Haha. Adakah?

   Berkerut dahi aku berfikir... Selagi aku tak lepas ujian terakhir yang menanti akhir tahun nanti... Habislah aku. Tapi itu bukan pengakhirannya.

   Keajaiban. Semua boleh berlaku dalam sekelip mata.

   Jadi apa cita-cita aku? Argh. Tolong berhenti berfikir tentang itu. Selesaikan ujian terakhir tapi bukan pengakhiran itu baru berfikir tentang cita-cita kembali.

   Heisy. Ayat putaq alam sungguh.

Rupa-rupanya... Masih jauh lagi jalan aku ya?

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 7 Julai 2014

[16] Berapa lama kita nak beraya?

Assalamualaikum 



   Hohoho. Baru masuk hari ke ke 10 Ramadhan dah nak cakap pasal raya? Opkos. Kalau pergi ke Ong Tai Kim lagu raya dah main tau. Rasa macam nak tutup telinga je. Iyelah. Mood raya tak menyerap lagi.

   Bayangkan baru berapa hari kita berpuasa, lagu raya dah main. Kiranya dah ada mood raya selama sebulan. Nanti bila raya.... Nak beraya sebulan juga dengan alasan puasa sebulan!

   Gedebush.

   Gedebush.

   Aku rasa macam nak hempuk je kalau spesies manusia macam ni. Itu kiranya dah dua bulan beraya tau! Hahaha. Alasanlah tu.

   Ada budak sekolah aku, puasa baru hari ketiga dah nyanyi lagu raya. Eh? Nasib baik dia tak bertakbir  dalam kelas. Hisy.

   Bak ibu aku kata.... Orang dalam kubur baru je nak lepas dari siksa kubur. Tapi kita?

   Jadi. The moral of the story? Keep cool baby. Jangan terlampau excited nak beraya. Awal lagi ni beb. Peace yo! ^o<

Sayonara,



Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Jumaat, 13 Jun 2014

[13] Inilah Hidup?

Assalamualaikum 


Ditto


Hidup bukan senang seperti yang diimpikan.
Kerana hidup bukan impian yang sentiasa dipenuhi
cuma diilusikan oleh angan-angan
yang membuatkan kita lupa pada kenyataan
yang sentiasa menanti.

Hidup tak sentiasa dipenuhi gembira.
Tak juga dipenuhi duka.
Memaksa kita untuk tersenyum.
Memaksa kita menangis.
Itulah kehidupan.

Melangkah ke arah kehidupan
yang sentiasa akan kita tersenyum
tidak mungkin akan terjadi.
Kerana kita akan sentiasa bersikap hipokrit.

Ya, hipokrit.
Hipokrit kepada dua perkara.
Kepada orang di sekeliling kita.
Dan kepada diri kita sendiri.

Apa pilihan kita?
Melangkah dengan senyuman?
Atau melangkah dengan kemuraman?
Atau hanya bergantung kepada situasi?

Itulah kehidupan.
Yang penuh dengan persoalan.
Yang perlu kita mencari jawapan.
Agar tidak terus berteka-teki tentang kehidupan.

Hidup dicurah cuka menjadi duka. Hidup dicurah madu menjadi riang. Pasti? Huh.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 25 Mei 2014

[8] Selamat Hari Guru !

Assalamualaikum 

   Hari Selasa nanti sekolah aku baru nak buat sambutan Hari Guru! Wah. Tahun ni tahun terakhir aku bersekolah dekat sini.... Macam tak percaya je.

   Uwaaaa rasa macam tacink je nak tinggalkan sekolah ni.

   Apa-apapun aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang pernah mengajar aku dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Walaupun mungkin mereka tak baca entri ini, tapi aku tak kisah. Sebab mungkin ada juga orang lain yang macam aku jugak kut? Eh.

   Jadi kepada cikgu-cikgi di luar sana.... Bacalah nukilan yang entah apa-apa daripada saya. Hehehe.


Cikgu
Begitu banyak jasamu kepada kami
Ketabahanmu semasa mengajar kami 
amat mengagumkan diri kami
Tapi entah kenapa kami begitu sukar 
untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu

Cikgu
Mungkin ego kami begitu tinggi
Mungkin setinggi gunung
Mungkin setinggi langit
Ataupun lebih dari itu barangkali
Tetapi cikgu 
kami sentiasa mengenangkanmu
di dalam hati

Cikgu
Adakah cikgu sedar cikgu
merupakan insan terpenting dalam zaman remaja kami?
Oh cikgu 
Begitu berharganya dirimu
dan jasamu kepada kami
di dalam setiap detik yang berlalu

Cikgu
mungkin kami telah banyak menghampakan cikgu
Kami masih tidak dapat memenuhi harapanmu
Tetapi
Engkau tetap maniskan wajahmu
ketika mengajar kami di dalam kelas
Tahukah cikgu bahawa kami berasa sakit
di dalam sudut hati
apabila cikgu masih melayan kami dengan baik
sedangkan kami telah menghampakan dirimu

Cikgu
Teruslah mengajar kami
Yang masih tidak mengerti apa-apa
Yang terlalu mengikut perasaan
Yang selalu menghampakan dirimu cikgu.
Teruslah mengajar kami
Kerana kami masih memerlukan dirimu.

Cikgu
Selagi diri kami masih hidup
Selama itulah jasamu mengalir dalam diri kami cikgu
Terima kasih cikgu.
Terima kasih untuk segalanya.

   
   Cikgu... Selamat hari guru. Teruslah mengajar murid-muridmu. Semoga tabah selalu. Peace!

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Selasa, 29 April 2014

[6] Ceritera Si Lembu Jantan

Assalamualaikum 

Ditto


   Hari ini masih macam semalam. Ada ceramah dari cikgu tuisyen pasal subjek matematik tambahan. Cikgu tu aku panggil Cikgu Jambang Serabai. Huh.

   Masa mula-mula dia ajar tu okeylah jugak. Tapi lama-lama makin lain macam aku tengok cara dia mengajar. Kononnya dia kata tak cukup masa.

   Sejujurnya aku MEMANG tak faham apa yang dia ajar langsung! Gopoh semacam. Dengan formula yang.... urgh.

   Lama-lama dia ajar jalan kerja yang terus tulis jawapan. Pelik tak?

   Lepas tu adalah sorang mamat ni angkat tangan tanya Cikgu Jambang Serabai- "Cikgu, markah dengan jalan kerja macam mana?"

   Nak tau cikgu tu balas apa? Huh! - "Ini bukan kerja koranglah nak kira markah semua! Sibuk sangat nak kira markah buat apa? Itulah orang Malaysia ada cara senang nak jugak guna jalan panjang. [ ayat seterusnya ada unsur kepolitikkan. ]"

   Aku kesian betul dengan mamat tu. Dahlah lepastu kawan-kawan dia gelakkan dia. Ramai yang gelakkan dia! Aku pelik. Aku rasa cikgu tu yang tak faham soalan. Mamat tu cuma tanya kenapa dapat jawapan terus tapi jalan kerja tak tunjuk langsung,kan?

   Cikgu Jambang Serabai tu sambung balik 'mengajar' lepas merapu dengan panjang lebarnya. Dan... Tak sampai lima minit dia sebut...

TAHILEMBUJANTAN - sila terjemahkan ke bahasa inggeris.

   Barulah semua budak diam bila dia cakap macam tu dan sambung balik marah budak tu. Aku memang betul-betul kesian dengan mamat tu. Dia tetap budak sekolah aku walaupun aku bukan kawan dia. Apasal pulak 'cikgu jemputan' tu nak meroyan tak tentu pasal?

   Borang testimoni langsung aku TAK NAK isi. Bagi aku, selagi cikgu tu ajar merapu lebih baik aku tak isi langsung daripada aku menipu pendapat aku semata-mata untuk menyanjung Pusat Tuisyen tu. Jangan harap!

   Aku memang kesal dengan budak tingkatan aku yang langsung tak berani bersuara. Semua pengecut! Iyelah dah kebanyakannya belajar kat tempat tuisyen tu.

   Ada budak kelas aku kata, Cikgu Jambang Serabai tu lagi teruk dekat tempat tuisyen. Tiba-tiba aku ragu-ragu dengan iklan tempat tuisyen tu yang tengah bersepah dekat sekolah. Helaian kertas iklan testimoni-testimoni budak-budak yang pernah belajar kat tempat tuisyen tu boleh pakai ke? Atau tipu semata-mata demi mencapai 'misi' menghancurkan budak-budak sekolah.

   Hanya ada dua perkara saja yang aku kalau boleh nak cakap dekat Cikgu Jambang Serabai tu. Hanya dua...

Pertama
Cikgu tolong jaga kata dengan budak-budak. Mungkin cikgu hanya nak tujukan pada seorang, tapi mungkin ada di kalangan budak-budak lain yang akan terasa dengan kata-kata cikgu. Walaupun ramai budak lain yang mentertawakan budak yang cikgu marah sangat tu.

Kedua
Cikgu. Kalau nak mengajar, tolong jangan mencampurkan dengan unsur-unsur politik. Saya tak suka. Cara cikgu tu macam virus yang meracuni pemikiran budak-budak atau remaja yang anggap dah terlebih open minded kononnya. Pasal benda remeh macam ni ramai budak berpuak dan bergaduh. Bukan budak je. Mak bapak ... Atuk nenek budakpun sama saja kalau tiba bab-bab politik ni.

   Aku sayang negara aku. Aku tak nak ada perpecahan, pergaduhan atau pertumpahan darah di negara ini. Aku inginkan kedamaian. Kepada yang tak sukakan Malaysia.... Kutuk Malaysia tolonglah fikirkan tentang cucu cicit keturunan korang.

   Jangan disebabkan perangai kita sekarang, mereka dah tak boleh mengecapi kebebasan disebabkan pemikiran korang yang kononnya dah terlebih terbuka. Tolonglah fikirkan.

   :: Besok ada lagi 'ceramah'. Aku nak tengok gaya cikgu tu dulu. Kalau okay baru isi borang testimoni. Aku tak nak menipu diri aku. Dan aku tak nak bagi pujian dekat tempat tuisyen macam tu. Sorry heh.::

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 28 April 2014

[5] Pusat tuisyen HEBAT?!

Assalamualaikum 

Ditto


   Aku tak tahu kenapa semua orang mesti bangga dengan tuisyen. Bukan tujuan aku nak mengutuk pusat-pusat tuisyen dalam entri ini. Sebab pusat tuisyen juga ada kebaikannya. Cuma apa yang aku tak faham, kenapa budak-budak sekolah nak bangga sangat dengan tuisyen.

   Minggu ni sekolah aku ada minggu kem matapelajaran semua. Dan salah satu pusat tuiyen yang kebanyakan budak sekolah aku masuk dijemput datang memberi ceramah. 

   Entahlah. Aku rasa lawak bodoh saje yang banyak. Memanglah cikgu tu ada mengajar tapi aku rasa lawak bodoh yang terlampau banyak. Sampai aku terfikir- "Lawak sangat ke?"

   Huh.

   Aku pernah dengar budak-budak sekolah aku cakap seperti ayat di bawah :

  • Pusat tuisyen itu amat penting dalam hidup aku. [ Ini kes budak terlebih sanjung tempat tuisyen ]
  • Eeeiiii..... hensemnya cikgu tu tapi itulah.... huhuhu dah kahwin. [ Ini kes... TST sudah ]
  • Huh cikgu tu tak best. Nanti ikta report nak biar dia kena tukar. Bagus tak tempat tuisyen aku. [ Ini kes nak tunjuk bagus kut? ]
  • Aku pergi tuisyen tu sebab DOT tuisyen kat situ. [ Ini kes ikut kawan ]
  • Tempat tuisyen aku best selalu ada aktiviti. [ Ini kes budak nak enjoy memanjang ]
   Isk. Aku bukannya apa. Bila aku dengar ayat kat atas aku rasa macam dia orang pandang rendah kat sekolah. Iyelah aku ada terbaca dekat iklan tuisyen ni - Best tempat tuisyen ni, selalu buat kelas tambahan.

   Aku cuma terfikir adakah bila sekolahnya ada buat kelas tambahan dia akan pergi? Ataupun hanya memilih tempat tuisyen sahaja hanya kerana cikgu tuisyen 'best gilerrrr' dan cikgu sekolah...?

   Lagi satu aku tak suka dengan 'duta tuisyen' yang datang ke sekolah aku tadi. Kenapa nak paksa kita orang mengisi borang testimoni semua tu? Sedangkan ramai budak kelas aku tuisyen dekat situ. Kenapa bukan dia orang sahaja yang isi!? Budak mana yang nak isi sudah. Lepas tu siap kata - "Jangan isi ayat skema macam 'best', seronok..."

   Nak tahu aku tulis apa. 

Okay.

   Lepas tu dia suruh aku tulis baru. Eh kata tak nak ayat skema. Hrmm... Yelah nak buat surveykan. Aku cuba memahami. Uhuk uhuk.

   Dan yang paling aku nak tergelak sekali tadi, lepas rehat biasalah semua orang muka kekenyangan. Nak nak lagi bila cikgu tuisyen tu asyik buat lawak bodoh je, jadi datanglah 'kakak tuisyen' tanya- "Mengantuk ke?" bila tengok aku buat muka boring.

   Oh. Grrrr.... 

   Bagi pandangan aku, aku lagi suka dengan cikgu sekolah yang mengajar sebab dia orang tak akan buat lawak bodoh sahaja waktu mengajar. Ada waktu serius dan ada waktu buat lawak.

   Lagi sekali aku terfikir. Adakah cikgu tuisyen suka buat lawak bodoh supaya budak-budak tuisyen tak akan boo dia? Aku tak maksudkan semua cikgu tuisyen macam tu. Kerana mereka tetap seorang cikgu yang memberi ilmu. Cuma tempat sahaja yang membezakan.

   Lagipun cikgu sekolahpun ada mengajar dekat tempat tuisyen jugakkan?

Cikgu sekolah.
Cikgu tuisyen. 
Mereka tetap seorang cikgu.
Cuma satu bahayanya cikgu tuisyen.
Ada sebahagian daripada mereka
yang memberi ajaran sesat.
(cth. salah format menjawab periksa)
Ini pernah terjadi dekat kawan kelas aku.
Tapi itu dulu-dulu punya ceritalah.
Semoga cikgu tuisyen kalian
tak bagi ajaran sesat waktu mengajar.
Kalau tidak....
Alamatnya melingkuplah waktu periksa.

:: Saya ingin memohon maaf jika ada yang terasa dengan entri ni. Saya bukan nak berlagak bagus. Cuma terfikir. Ini cuma pendapat sementara yang boleh berubah pada masa depan. Kita tak akan tahu. Sekali lagi. Maafkan saya. ::

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 29 Mac 2014

[1] Prolog !

Assalamualaikum 

   Hai. Nama aku Awanie Aeriz. Err... Sebenarnya tu bukan nama betul aku tau! Hehehe. Tapi aku tak kisah kalau korang nak panggil aku apa. Panggil Ritz pun okey juga. Kalau nak pendeklah.

   Hrmm... Apa kata sebagai salam perkenalan aku cerita sikit pasal biodata aku. Okey? So...



 HELLO



1. Nama
Awanie Aeriz / Ritz

2. Umur
17

3. Tarikh lahir
10 April

4. Zodiak 
Aries

5. Jenis darah
B+

6. Warna kegemaran
Merah dan biru laut

7. Nombor kegemaran
4

8. Hobi
Online internet, tidur, berangan, baca novel, dengar radio dan tengok tv

9. Kesukaan
Langit, pokok, dandelion, oksigen yang sepatutnya, novel, ais krim, strawberi dan kucing !

    
   =  |  =  |  =  |  =  |  =  |  =  |  =  |  =  |  =  |  =  |  =  |  =  |  =  |  =  |  = 


    Itu sajalah biodata aku yang aku dapat fikirkan... buat masa sekarang. 

   Sebenarnya aku ni bukan blogger baru ye. Jadi.... Hehehe. Peace! Sudi-sudikanlah memaafkan diri aku yang ter'paksa' buat blog baru ni.


Sayonara.


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪