Ditto |
Hari ini masih macam semalam. Ada ceramah dari cikgu tuisyen pasal subjek matematik tambahan. Cikgu tu aku panggil Cikgu Jambang Serabai. Huh.
Masa mula-mula dia ajar tu okeylah jugak. Tapi lama-lama makin lain macam aku tengok cara dia mengajar. Kononnya dia kata tak cukup masa.
Sejujurnya aku MEMANG tak faham apa yang dia ajar langsung! Gopoh semacam. Dengan formula yang.... urgh.
Lama-lama dia ajar jalan kerja yang terus tulis jawapan. Pelik tak?
Lepas tu adalah sorang mamat ni angkat tangan tanya Cikgu Jambang Serabai- "Cikgu, markah dengan jalan kerja macam mana?"
Nak tau cikgu tu balas apa? Huh! - "Ini bukan kerja koranglah nak kira markah semua! Sibuk sangat nak kira markah buat apa? Itulah orang Malaysia ada cara senang nak jugak guna jalan panjang. [ ayat seterusnya ada unsur kepolitikkan. ]"
Aku kesian betul dengan mamat tu. Dahlah lepastu kawan-kawan dia gelakkan dia. Ramai yang gelakkan dia! Aku pelik. Aku rasa cikgu tu yang tak faham soalan. Mamat tu cuma tanya kenapa dapat jawapan terus tapi jalan kerja tak tunjuk langsung,kan?
Cikgu Jambang Serabai tu sambung balik 'mengajar' lepas merapu dengan panjang lebarnya. Dan... Tak sampai lima minit dia sebut...
TAHILEMBUJANTAN - sila terjemahkan ke bahasa inggeris.
Barulah semua budak diam bila dia cakap macam tu dan sambung balik marah budak tu. Aku memang betul-betul kesian dengan mamat tu. Dia tetap budak sekolah aku walaupun aku bukan kawan dia. Apasal pulak 'cikgu jemputan' tu nak meroyan tak tentu pasal?
Borang testimoni langsung aku TAK NAK isi. Bagi aku, selagi cikgu tu ajar merapu lebih baik aku tak isi langsung daripada aku menipu pendapat aku semata-mata untuk menyanjung Pusat Tuisyen tu. Jangan harap!
Aku memang kesal dengan budak tingkatan aku yang langsung tak berani bersuara. Semua pengecut! Iyelah dah kebanyakannya belajar kat tempat tuisyen tu.
Ada budak kelas aku kata, Cikgu Jambang Serabai tu lagi teruk dekat tempat tuisyen. Tiba-tiba aku ragu-ragu dengan iklan tempat tuisyen tu yang tengah bersepah dekat sekolah. Helaian kertas iklan testimoni-testimoni budak-budak yang pernah belajar kat tempat tuisyen tu boleh pakai ke? Atau tipu semata-mata demi mencapai 'misi' menghancurkan budak-budak sekolah.
Hanya ada dua perkara saja yang aku kalau boleh nak cakap dekat Cikgu Jambang Serabai tu. Hanya dua...
Pertama
Cikgu tolong jaga kata dengan budak-budak. Mungkin cikgu hanya nak tujukan pada seorang, tapi mungkin ada di kalangan budak-budak lain yang akan terasa dengan kata-kata cikgu. Walaupun ramai budak lain yang mentertawakan budak yang cikgu marah sangat tu.
Kedua
Cikgu. Kalau nak mengajar, tolong jangan mencampurkan dengan unsur-unsur politik. Saya tak suka. Cara cikgu tu macam virus yang meracuni pemikiran budak-budak atau remaja yang anggap dah terlebih open minded kononnya. Pasal benda remeh macam ni ramai budak berpuak dan bergaduh. Bukan budak je. Mak bapak ... Atuk nenek budakpun sama saja kalau tiba bab-bab politik ni.
Aku sayang negara aku. Aku tak nak ada perpecahan, pergaduhan atau pertumpahan darah di negara ini. Aku inginkan kedamaian. Kepada yang tak sukakan Malaysia.... Kutuk Malaysia tolonglah fikirkan tentang cucu cicit keturunan korang.
Jangan disebabkan perangai kita sekarang, mereka dah tak boleh mengecapi kebebasan disebabkan pemikiran korang yang kononnya dah terlebih terbuka. Tolonglah fikirkan.
:: Besok ada lagi 'ceramah'. Aku nak tengok gaya cikgu tu dulu. Kalau okay baru isi borang testimoni. Aku tak nak menipu diri aku. Dan aku tak nak bagi pujian dekat tempat tuisyen macam tu. Sorry heh.::
Sayonara,