Ahad, 3 Ogos 2014

[22] Biar Aku Jadi Diri Sendiri

Assalamualaikum ☁ 

   Dalam hidup ini, aku dah berjumpa dengan ramai jenis manusia. Hipokrit. Dengki. Talam dua muka. Menyakitkan hati. Aku tak tahu kenapa aku selalu berjumpa dengan manusia sebegini. Mungkin kerana tuhan ingin menunjukkan kepada aku bahawa inilah kehidupan? Aku juga tahu bahawa masih banyak lagi jenis manusia yang aku belum berjumpa.

   Aku bukan jenis pendiam. Tapi aku bukan jenis riuh sekampung. Kadang-kadang aku rasa macam aku ada split personality? Heh. Secara automatik bila aku berjumpa dengan jenis manusia yang berbeza, karakter aku akan berubah. Aku masih manusiakan?

   Aku paling tak tahan dengan orang yang menyakitkan hati. Aku tak reti nak marah dekat orang jenis macam ni. Silap-silap aku terus mengamuk nanti. Aku selalu terfikir setiap kali aku bermonolog dalaman, kalaulah mereka tahu apa yang tersirat dalam hati aku. Hahaha. Bahaya kalau jadi orang yang pemendam. Tapi aku bukan jenis pemendam sangat. Cuma aku tak dapat nak luahkan semua yang aku nak cakap. Tapi... Aku juga berfikir bertapa teruknya diri aku sekarang (kalau aku sudah berada di masa depan).

   Lagi satu jenis manusia yang aku harus jauhi demi kesihatan fizikal dan mental aku... Jenis manusia yang sentiasa nak kutuk semua benda yang aku buat dan semua yang dia buat betul. Kita sebagai manusia... Adatlah kalau kita nak complain. Tapi janganlah sampai aku cakap macam ni, dia cakap macam tu. Apa aku boleh buat. Simpan geram dalam hati. Pergi jauh-jauh.

   Ibu aku pernah cakap. Arwah atok aku kata lagi baik kita kawan dengan buku. Aku fikir mungkin ada betulnya. Berkawan dengan manusia, oh... manusia tak sempurna dan aku tahu fakta itu. Cuma sekurang-kurangnya aku nak berkawan dengan orang yang boleh buat aku selesa dan seronok dengannya. Bukan kawan yang sempurna. Heh.

   Bila aku bengang giler... Salah satu benda yang aku buat ialah tengok langit. Bayangkan. Awan putih yang coraknya tidak statik. Sentiasa bergerak bila angin bertiup. Aku selalu cuba tahan mata aku supaya tak berkedip dan ikut arah awan yang bergerak. Sangat cantik. Tengok langit lebih menenangkan aku.

   Aku rasa semua orang tahu imaginasi bukan sesuatu yang logik. Salah satu benda yang aku selalu bayangkan ialah wujudnya sebuah dunia yang tiada sesiapa di situ. Aku bebas dekat situ. Dan aku boleh balik ke dunia sebenar bila-bila masa yang aku nak. Oh... Stop! Aku memang tahu itu tak akan pernah boleh berlaku. Sebab itu hanya imaginasi aku.

   Hati aku selalu menjerit aku nak jadi diri sendiri. Dan... aku selalu soal diri aku balik. Selama ni aku bukan diri sendiri ke? Ya... aku memang aku. Cuma ada satu benda yang meganggu aku. Kata-kata. Kata-kata orang yang tak sependapat aku dan asyik mendengarkan aku dengan pendapat mereka DAN ayat yang sama daripada orang yang berbeza. Huh. Pemikiran yang 'sama'.

   Aku tak tahu apa yang sepatutnya aku berharap. Aku hanya nak jerit kepada mereka dan berkata semua orang ada cita rasa. Hentikan percakapan yang berulang. Walaupun mereka bukan cakap dekat aku... Tapi aku boleh dengar setiap kata-kata itu. Aku nak berlalu pergi dan berpura-pura seolah-olah aku tak dengar apa-apa. Tapi. Susah. Sangat susah.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Tiada ulasan:

Catat Ulasan