Isnin, 14 Julai 2014

[20] Ceritera Si Dia

Assalamualaikum 

Ditto



   Dia. Pada waktu itu si dia dan gadis kecil itu berkawan mesra. Mereka masih kecil. Tak pernah tahu masa hadapan yang menanti. Suka duka dilalui bersama akan dikhabar oleh dia kepada keluarganya.

   Gadis kecil itu harus berpisah dengan dirinya! Meninggalkan dia bersama rindu yang menggunung. Namun dia tak pernah lupa pada gadis itu. Memori mereka bersama masih terpahat di dalam hati.

   Masa yang belalu menambah rindu. Rindu yang menyakitkan jiwa. Sukar untuk ditanggung tetapi tidak bisa untuk dilepaskan. Dari tahun ke tahun dia mencari gadis kecil itu. Menanti dengan setia. Menanti dengan rindu yang kuat.

   Dia mencari. Mencari gadis kecil itu namun tak pernah berjumpa. Mungkin hatinya sudah letih untuk menunggu. Tetapi rasa itu bagaikan sudah sebati di dalam dirinya. Biarkan dirinya terus mencari di dalam kabur.

   Setelah tujuh tahun berlalu, takdir telah mempertemukan diri mereka. Pertemuan yang tidak disangka. Tetapi harapan dirinya terhadap gadis itu terlampau tinggi. Akhirnya dia yang memendam rasa kerana gadis itu sudah melupakan dirinya.

***

   Kisah di atas ini merupakan kisah benar. Kisah yang diceritakan oleh cikgu bm aku kepada kami sekelas. Cerita yang mengingatkan aku dekat seseorang. Kawan lama aku.

    Sebenarnya anak cikgu bm aku ni berkawan dengan seorang budak perempuan. Budak tu pindah dari tadika waktu umur 6 tahun. Tapi anak cikgu aku ni cari-cari budak perempuan tu dekat fb, twitter dll tapi tak jumpa sampailah masuk tingkatan satu!

   Sekelas wei! Sekelas! Itulah kuasa Allah. Tapi endingnya macam yang aku tulis kat atas tadi. Sekarang mereka berdua dah tingkatan empat dan anak cikgu tu sampai sekarang tak berani tegur budak perempuan tu.

   Budak kelas aku dengan cikgu aku kata dia egois. Bagi aku sebab dia terlampau berharap nak jumpa budak perempuan tu dan akhirnya berjumpa. Jadi dia tak tahu nak mula macam mana. Kut?

   Cerita anak cikgu aku tu mengingatkan aku dekat kawan lama aku. Darjah satu berkenalan, darjah dua dia pindah. Sekarang sembilan tahun aku tak jumpa dia. Dan kalau boleh aku nak dia tahu yang aku masih ingatkan dia. Okay Ash? Hahaha.

   Aku harap anak cikgu bm aku berani sikit dan mulakan kawan yang baru dengan budak perempuan tu. Good luck!

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Tiada ulasan:

Catat Ulasan